Happy Birthday , Zahra Nur Iman. Yang ke ..er.. - BEN ASHAARI

Happy Birthday , Zahra Nur Iman. Yang ke ..er..

Jap je besau anak dara ni. Besarnya dia bermakna semakin dewasa aku. Huhh.. dewasa gituuu ! Bini aku kata.. tak sedar diri dok perasan muda ! Dah tu, nak kata apa lagi kan ? Realitinya dah gitu. Aku semakin dewasa. Lom lagi boleh dikategorikan sebagai usia Gegar Vaganza gituuu.. Haa ! 

Oh , Zahra dah masuk usia 4 tahun. Tahun depan dah boleh gi taska dah. Cuma tak tau nak hantar ke mana lagi. Hurmmm... Pening gak ni. 

Membesarkan anak dara sememangnya mencabar. Dengan manjanya. Dengan karenah gugurlnya. Fuhhh.. dah pandai nak bergaya. Pandai demand nak baju apa.. ikut masa gitu. Merajuk ? Jangan cakap laa.. selagi tak gi pujuk , dia boleh meraung sampai ke malam ! Adehh... 

Tapi dialah pengarang jantung aku. Peneman aku setiap malam. Tanpa aku , dia tak leh tidur. Tanpa dia , tidur aku lagi lena ! Hahahaha.. Yelah , jam 4 pagi mintak susu. Jam 3 pagi , mintak telur rebus. Kul 5 pagi baru tidur ! Aku ??? Hahahaha.. Kul 530 dah kena bangun. Acaner tu ?


Birthday dia dah sambut awal ari tu. Saja sambut awal sebab jatuh hari bekerja. Ajak la sepupu sepupu dia di Sg. Buloh tu join sama memeriahkan. Sekadar buat tertutup. Tak larat nak buat besar besar. Dan nasib baik gak tak buat besar besar sebab Aariz kan turut 'tak sihat' gitu.. 

Kek , dia nak Frozen gituuu.. Maka tempah la kek dengan Kak Rina Cybercake. Huhuh.. Dia kan memang otai bab ni. Dulu kek besday aku dan Qhaliff pon dia yang buat ! Huhuh... 


Kepada Zahra , andai dah pandai membaca nanti... baru daddy karang la yer. Daddy ngantuk. Nak tidur dulu sebelum Zahra kejut daddy. Ni baru jam 12.43 pagi. Dan dia tengah layan citer katun kat Netflix. Huhuhuh... Kerja banyak ni tapi aku penat dan nak lelapkan mata jap. 

Happy Birthday sayang... 

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.