Jom berbuka puasa di Cafe Cerita Kambing , di Shah Alam.

Kelmarin , aku singgah lagi Cafe Cerita Kambing. Gara gara teringatkan ayam grill serta kambing bakarnya tu.. serta kuah masallah , aku sanggup redah sejam perjalanan untuk ke situ. Yelah , aku tinggal di Sepang. Nak ke Shah Alam , paham paham je la. Dengan jammednya lagi terutama bila hujan lebat.

Takpee... janji sampai dengan selamat. Pastu boleh makan dengan puasnya.  Puas kalau amik yang set dulangnya. Fuhhh... Giler Giler berbaloi !  Lokasinya, Shah Alam Seksyen 7. Di Anjung 7. Sebelah pintu masukUnisel.







Ini hidangan sebelah siang. Ada macam macam dah tapi kalau datang sebelah malam , ada pelbagai jenis mee lak ! Aduhhhh.... ni pun dah cukup power bagi aku. Nasi briyani yang cukup sedap. Makan gitu je pon dah cukup. Ditambah dengan kuah masalla...masyaAllah ! Power aihhhh.. 

Nah.. nak lagi best ! Selepas makan.. gi order Cendol Durian Markonah. Huhuhuh.. 


Perfect ! Hahahahah..  Promosi set dulang ni akan berakhir bila tibanya Ramadan. Dan bila masuk Ramadan , nahhh.. ada buffet Ramadan lak. Fuh.. 


Ada 33 jenis hidangan dengan harga ekonomi. Pastinya yang bakal jadi tarikan utama ialah nasi briyani. Kuih muih pon power ok ! Mee kari Johornya lagi.. Haaaa... Senang citer , korang booking awal awal dulu. Dah boleh dah buat booking. Jangan walk in sebab takut takda tempat. 




Untuk tempahan , boleh hubungi Kak Yan atau Kak Ana. No tel 0192816308 / 0122813848 . Info lanjut boleh tengok di Facebook Cafe Cerita Kambing.

Isnin , Cafe Cerita Kambing ..cuti tau ! 

5 ulasan:

  1. Tak pernah ternampak pun cafe ni.. huhuhu

    BalasPadam
  2. Cendol durian markonah tu menggugat anak tekak perghhhhhhhh!

    BalasPadam
  3. perghhhh
    nampak menyelerakan kambing2 tu

    BalasPadam
  4. Giler sedap..puas mkn dulang tu

    BalasPadam
  5. Ruginya tak dapat join, nanti buka puasa memang nak terjah sini.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.