Kenapa nak pertikaikan aku menyumbang ke Tabung Harapan Malaysia ?

Alhamdulillah.. Bila aku baca kenyataan mereka yang bukan Melayu apatah lagi bukan Islam di media sosial yang mana sanggup membuat pemotongan gaji atau menyumbang harta mereka atas niat untuk mengurangkan kos hutang negara.. aku rasa terpukul ! Eh , aku ini rakyat bumiputera takkan nak membatu dan melihat saja ? 
Bila Tun Mahathir semalam melancarkan Tabung Harapan Malaysia secara rasmi , aku rasa ini masanya aku menyumbang walaupun sedikit ke tabung itu. Buat pengetahuan korang , Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan kerana ada rakyat yang prihatin mengenai hutang negara membuat sumbangan peribadi atau kutipan demi membantu negara mengurangkan beban hutang negara. Untuk mengelakkan ada pihak pihak tertentu membuat kutipan palsu , lebih baik kerajaan tubuh yang rasmi. Lagi baik kan ? 



Peliknya , ada orang ketawakan tindakan aku ni. Apa masalahnya ?? Aku bukan menyumbang untuk parti politik pun ! Aku sumbang untuk negara. Daripada mereka menaikkan GST dan aku terbeban untuk membayarnya , lebih dengan cara begini. 

Buat tukang gelak tu... aku juga pernah membuat sumbangan untuk Lebuhraya Rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Kenapa tak gelakkan aku ? Adoi.... Pelik pelik la perangai. Jangan taksub parti sangat la. 

Bagi aku.. nak kritik kerajaan baru ni bagus. Tapi jangan la sampai menampakkan kebodohan kita. Rileks rileks sudah... 

Tengok orang bijak cakap camana.

5 ulasan:

  1. setuju abg ben.. sedih sgt2 rata2 yg kondem org kita ... org kitaaaa, taknak derma duk diam.. jgn duk perli perli.. #demimalaysia

    BalasPadam
  2. buat benda baik apa salahnya..just ignore them

    BalasPadam
  3. Bismillah.Bantu.Selebihnya mereka urus.Lurus dan baik mereka mengurus mereka dan kita seluruh rakyat nikmati.Sebaliknya itu antara dia dan PENCIPTA yang sentiasa memerhati.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.