Kesan dari udara tercemar ?


Hurm... teringat seorang kawan pernah tegur aku..

" Abg Ben ok ke ? Kenapa bernafas cam... kuat je ? Selsema ke ? ".

Ketika tu aku hadiri sebuah bengkel anjuran team #KBBA9.  Sememangnya pernah juga doktor tegur aku ketika pergi buat pemeriksaan.. Dia tanya aku apakah aku ada asma ? Gulp. Aku kata takda.  Hurm.. risau dah aku.

Ingat tak lagi entri aku yang pasal bingkai cermin mata tu ? Aku terperasan akan perubahan akan lubang hidung yang semakin sempit di belah kanan. Aku syak sebab tu tapi baru-baru ni hasil dari carian google oleh wife aku , beberapa faktor boleh menyebabkan pada permasalahan aku ni antaranya habuk dan kotoran udara yang menyebabkan pembengkakkan pada rongga hidung. 

Aku pun cuba  la tutup hidung aku. Ternyata pernafasan aku lebih teratur sedikit. Tapi camana pun , aku  kena gi check doktor dulu. Arwah ayah aku jua punya masalah seperti aku. Aku tanya mak aku. Arwah gunakan sejenis ubat hidung. 

Moga takda yang serius.

4 ulasan:

  1. Moga baik-baik aja Ben. Kalau jalan di tempat awam, mcm kes ko ni, better pakai mask, dh comfrm ok, barulah tak payah pakai.

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, moga-moga tak ada yang seriuslah..

    BalasPadam
  3. Yes aben..kena pi cek cepat baru tau apa masalah yang sebenar. Mcm suami, ingatkan tonsil bengkak je rupanya dia kena sleep apnea..

    BalasPadam
  4. Bahaya jugak kan, kena buat pemeriksaan lanjut ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.