PRU 14 , hari Rabu yang ditunggu , telah tiba !

by - Rabu, Mei 09, 2018

Siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri , pastinya akan terjawab selepas jam 5 petang nanti. Bila semua telah selesai membuang undi , pengiraan akan dimulakan dan pastinya keputusan yang bakal diumumkan... setiap kawasan menjadi pertaruhan. 

Dulu aku tak paham dan tak amik kisah. Aku bukan pembenci mana mana parti atau individu. Aku cuma inginkan negara aku yang tercinta ini bersih dari segala noda dan dosa. Aku tak ingin lagi melihat pelbagai skandal selesai begitu saja tanpa mengetahui siapa yang bersalah ! Penat ! Dan malu bila ianya menjadi bualan di negara luar ! Kita dok jaja Malaysia negara yang bersih dan cekap serta amanah walhal.. hurmm.. 

Nah.. malas nak bebel.. Masanya dah tiba ! Tunaikan tanggungjawab. Ada yang takut  dan 'tidak sanggup' membuang undi. Nak lagi best.... itu bukan tanggungjawab dia. Biarlah mereka yang 'giler politik' melakukannya.. atau orang orang dewasa saja buat kerja mereka.. Hurmm.. 

Entah laa...  Misi aku , bukan sekadar nak tengok negara ni kembali 'aman' malah nak tengok ianya kembali gemilang di bawah pimpinan Perdana Menteri yang punya intergriti serta kredibiliti yang tinggi dan boleh dipercayai. 

Dan paling penting , rakyat dihormati dan bukan dijadikan hamba untuk melunaskan segala hutang hutang negara. Hurmm.. 



You May Also Like

4 comments