Sebagai saudara seagama , aku maafkan dia tapi sebagai rakyat..

Sejak diperkenalkan GST , fuhhh.. jujur aku cakap , memang terasa sangat perit ! Aku mengeluh dalam hati setiap hari. Insuran / takaful anak anak naik. Dijumlahkan bersama isteri , sama dengan gaji aku sewaktu aku kerja kontrak dulu di kementerian. Aku terpaksa amik sebab atas sebab sebab tertentu. Ikutkan hati , nak je batalkan semua tapi tak boleh... tak boleh ! 

Harga petrol setiap minggu yang berubah ubah namun tetap membebankan aku. Walaupun aku tak bekerja setiap hari tapi aku kerap ulang alik ke rumah mak aku yang jaraknya pergi dan balik lebih 120 km. Tu tak termasuk tol !  

Jangan lupa part ATM. Tiap kali nak kuar duit , kena GST.Kalau guna mesin ATM yang lain , kena charge RM1. Dah berapa kena tolak ? Fuhhhh....giler buat duit aihhh. Barang dapur lagi ? Dan banyak laa kalau nak ditulis. Bila kita suarakan , apa mereka kata ? Dihalaunya kita ke luar negara. Disuruhnya kita tanam sayur sendiri. Tak mampu makan ayam , apa kata mereka ? Rakyat luahkan masalah... mereka dengan sinis menjawab ! Orang gini nak dimaafkan ke ? Dia sedap sedap kat atas sana.. makan free , melancong free , segalanya free siap dapat elaun lagi tapi buat keja cam taik !

Jasa jasa dia ? Huhuhuh... Yer... dia bina guna duit dia ke ? Dia cipta hutang, sapa yang kena langsaikan ? Cer habaq skit ??  Bini dia bermewahan. Anak anak dia lagi ? Amboi.. Jadi Perdana Menteri ibarat duduk atas gunung emas gitu ! 





Banyak lagi laaa.. Aku letih nak google. Kes ketirisan lagi. Kes duit hilang beratus juta. Banyak laaa lagi ! Rasa rasa sapa kena cover semua tu ? Diorang ? Huhhh... Kita nak oiii ! Kitaaa ! Anak cucu kita ! 

Nah.. ada yang kata sumbangan MRT dan ECRL. Kita naik percuma ke ?  Dikatakan hasil dari GST boleh buat MRT .. maka kita naik la free ! Yang ada Mykad. Yang tak da , bayar laa ! Tapi tak jugak. Sama je kena bayar . Bangla kena bayar. Pendatang haram pon kena bayar. Apa bezanya ? 

Bagi mereka yang kesian pada geng geng penyamun ni , aku kesiankan mereka. Kesian sebab tak hati belum celik. Macam aku kata tadi.. aku maafkan geng geng ni tapi bab apa mereka buat tu , aku tak maafkan la... Punya la sombong ! Huhhh... 

Semoga pemimpin pemimpin baru dengan kerajaan baru ni , laksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan jujur. 

Najib , Najib.. Jangan lupa siasat sekali Zahid Hamidi dan ...eh.. ramai lagi bekas bekas menteri tuu. Kaki kaki jilat nak projek tu , mesti garu kepala pasni... kan kan ?

2 ulasan:

  1. Yup betul, rasa terbeban sangat. Pastu saya tak nampak sangat apa yang Najib ni bangunkan untuk negara, projek ECRL tu tak berbaloi. Dah siap nanti tiket pasti mahal, berapa orang je rakyat mampu naik.

    BalasPadam
  2. ramai peniaga kecil bungkus sebab GST. tak dan kejar modal pusingan. pasaraya besar pun pening bayar GST atas sewa premis setiap bulan, yang bilis-bilis lagilah terkesan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.