Sokong seragamkan pakaian tenaga pengajar dan penjawat awam.

Saranan yang tular di media sosial oleh netizen.

Secara jujurnya , aku sokong 100% ! Berdasarkan pengalaman aku mengajar di sekolah dan juga berkhidmat di kementerian, pemakaian guru dan juga penjawat awam memainkan peranan yang bagi aku sangat penting. 

Yang pertama , kita boleh nampak disiplin di kalangan mereka. Kedua , bangga dengan jawatan serta perkhidmatan yang meraka dukung. Secara tidak langsung , mereka akan memberikan perkhidmatan dengan jujur , ikhlas dan juga amanah. 

Ketiga... boleh kesan mana mana penjawat awam atau guru yang kaki curik tulang. Jumlahnya kecil tapi ianya mampu memberi kesan negatif pada rakan sekerja mereka. Ini yang patut dielakkan. Tak kira la apa jua pangkat dan juga jawatan , mereka patut bergerak sebagai satu pasukan... kan ? 

Dan yang keempat... di pejabat pejabat kerajaan , pemakaian yang sopan perlu dititikberatkan. Ini boleh elakkan masalah masalah yang tak sepatutnya berlaku seperti gangguan seksual dan sebagainya. Tolong jangan komen kata nenek tua pon kalau nak kena kacau pon , kena kacau gak.. Perempuan bertudung litup pon belum tentu baik perangai ! Nah... itu isu lain ! Sekarang ni kita fokus pada ... ko nak kerja ke nak gi majlis keramaian ?

Kelima... penjimatan ! Banyak jimat wooo... Bayangkan kalau pakai baju koperat setiap hari dan hari Khamis baju batik... nahhhh , pastinya para suami akan tarik nafas legaaaa.. kan ? Dan isteri mereka akan cantik berpakaian bila keluar bersama pasangan mereka jeee.. yakni hujung minggu.. kan kan ?

Tak yah sentap ! 

7 ulasan:

  1. setujuuu sakit mata tgk sendat ketat metat tersembul ehhhh hehehhe

    BalasPadam
  2. Setuju sangat.. Penjawat awam sekarang dah tak hormat etika berpakaian..

    BalasPadam
  3. Saya pun sokong usul ini dilaksanakan, penjimatan tu terasa juga dan tidak perlu ada lagi jiwa kacau dikalangan rakan sekerja sebab dengki orang tu pakai "mewah" dari dia lalu menjaja perkara buruk.

    Bila semua dah seragam barulah keharmonian tu boleh dipupuk...

    Kaki ponteng kerja bolehlah bawa-bawa bertaubat.

    BalasPadam
  4. di indonesia semua guru berpakaian seragam..di malaysia juga patut buat supaya xnampak sgt perbezaan antara guru..

    BalasPadam
  5. sokong. dah tak ada alasan untuk tak tambah simpanan persaraan sebab duit beli baju dah jimat banyak.

    BalasPadam
  6. Bagus jugak cara camni, tak payah pening nak fikir baju apa nk pakai.

    BalasPadam
  7. Betul tu...saya sokong usul Ben Ashaari... hu..hu...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.