Tumbangnya si gergasi apabila rakyat bangkit !

Tau tak camana rasanya bila bangun pagi ni ? Fuh , kepala otak hilang rasa beban ! Rasa cam baru dilahirkan semula.  Aku memandu ke Cameron Highland , aku seolah olah macam dapat rasakan semua pemandu rasa begitu. Takda yang memandu dengan gelojoh. Semua tenang jer. Di RnR  pon begitu. Masing masing gembira. Duduk makan bersama keluarga seolah olah berada di sebuah negara yang baru lepas dijajah ! 

Khamis lepas , persamaan 10hb Mei 2018 .. Malaysia mencipta satu sejarah dunia di mana Perdana Menterinya adalah Perdana Menteri tertua yang dipilih rakyat melalui saluran pilihanraya dan juga kali kedua memimpin negara. Aku menangis dalam hati. Ni kalau arwah ayah ada , mesti dia seronok tengok... 

Pada awalnya ramai tidak yakin , apakah dia mampu lakukan ? Aloooo sedara ! Itu Proton Saga , dulu ramai ketawakan dia. Itu Jambatan Pulau Pinang, ramai ketawakan dia. Itu KLCC... Itu Putrajaya.. Itu KLIA ! Dia bawa negara ke mata dunia ! Ko pikir setakat nak jadi Perdana Menteri , dia tak mampu lakukan ke ???? 22 tahun dia 'jaga' Malaysia. Segalanya dalam poket dia ! 

Aku bertuah dapat melihat sejarah ni terukir ! Satu hari nanti , aku kena cerita pada anak anak aku.  

" Daddy tak turun berkempen. Tak turun pegang bendera atau ke tempat perhimpunan tapi daddy 'berkempen' di alam maya. Berkempen supaya rakan rakan daddy di alam maya , tau betapa tenatnya negara kita. Jika dibiarkan , maka kita boleh jadi hamba kepada manusia manusia yang tamak haloba.  Daddy kena berkempen untuk sedarkan anak anak muda betapa pentingnya turun membuang undi dan memilih pemimpin yang selayaknya. Bukan mudah sebab ada mata memandang daddy. Kena berhati hati tauuu... " .


Aku bangga melihat wajah ni. Rindu aku pada arwah ayah terubat setiap kali melihat wajahnya. Arwah ayah cerita pada aku siapa Tun Mahathir. Dia tak gemar Tun M. Siapa Tun M di satu tika dulu, ramai dah tau. Tapi siapa Tun M sekarang , itu yang penting ! Dia kembali untuk pulihkan negara ini. Dia kembali untuk hapuskan segala kepincangan. Dia mengetahuinya setelah dia menjadi 'rakyat'. Sebab itulah pentingnya pemimpin menjadi rakyat . Kena turun padang tanpa pengawal peribadi. Lihat sendiri negara tercinta dari mata sendiri. Barulah tau apa sebenarnya yang sedang berlaku. Bukan dengar dari mulut 'orang kepercayaan'. 

Kelmarin , aku antara jutaan mata melihat Tun Mahathir mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke 7 Malaysia. Lega rasanya ! Lega sangat. Lebih lebih lagi bila melihat orang di sisinya adalah orang orang yang berjuang menentang kezaliman dari dulu lagi.. berpuluh tahun lamanya ! Akhirnya mereka berjaya . Seolah olah baru menang Piala Dunia buat pertama kalinya. 


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Yer, pastiknya semua inginkan pembaharuan. Semua ingin melihat Malaysia kembali dihormati. Aku tak malu dah nak mengaku aku ada Perdana Menteri malah berbangga nak menyebutnya... Tun Mahathir adalah Perdana Menteri saya ! Ko ada ? Haaa... 

Kejayaan Pakatan Harapan adalah kejayaan rakyat. Aku pasti ketika menurun membuang undi , mereka tidak lagi melihat sapa calon mereka tetapi melihat logo yang terukir. Terus pangkah dengan doa kepada Allah agar tumbangkanlah mereka yang sombong dan bongkak serta tidak jujur lagi amanah ! 

Lega... Aku inginkan kedamaian ni sejak bergelar penjawat awam. Aku dapati terlalu banyak kepincangan berlaku di dalamnya tetapi tidak ada sesiapa berani bersuara ! Aku amik keputusan untuk bersuara dengan tidak menjadi penjawat awam. Satu tindakan yang ramai kawan rasakan bodoh. Yelah , berhenti bekerja dengan kerajaan... rugi tuu ! 

Rugi ke ? Hahahaha... nikmat ! Aku tak perlu angguk angguk, geleng geleng. Seronok rasa. 


Menghirup udara segar. Kesegarannya , sangat berbeza ! Terasa sangat bersih dan nyaman. 

WAWASAN 2020 kembali bersinar ! Aku anak WAWASAN 2020. Cikgu suruh lukis....Hahahaha.. Syukur kepada Allah. Terima kasih Allah kerana berikan peluang ini sekali lagi pada Malaysia.


8 ulasan:

  1. Bhai Ben....

    Gua pon rasa sama cam lu... huhuhu

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  2. Doakan Malaysia yang lebih baik. 😊

    BalasPadam
  3. Rasa macam udara malaysia kembali segar .. Hehehe

    BalasPadam
  4. Syok yer hirup udara kat cameron highland

    BalasPadam
  5. Setuju. Rasa happy sgt dpt jd sebahagian drpd sejarah. Dan dah sanggup kata I love PM hehehe

    BalasPadam
  6. Dulu saya pun tak suka Tun, tapi saya puji cara dia bangunkan negara masa tu. Takde rasuah, takde GST, harga minyak tak naik mendadak tapi negara stabil je. Tapi sekarang saya respek dia sebab sanggup akui kesalahan dia dulu dan sanggup korbankan sisa usia dia untuk baikpulih negara. Moga Allah panjangkan umur Tun!

    BalasPadam
  7. Rasa amat terkejut, tenang, gembira dan sayu. Perasaan bercampur baur pagi itu. Tak sangka setelah sekian lama, ia berjaya ditumbangkan dengan suara rakyat. Rasa seperti bermimpi pun ada...

    BalasPadam
  8. walaupun mungkin usaha jadi negara maju 2020 lambat sikit. kurang2 usaha nak perbetulkan masalah dah bermula. better late than never kan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.