Akhirnya aku beli jugak !

Setiap kali iklan tu muncul depan mata aku , aku tertarik dengan kelebihan baju tu ! Dikatakan ringannya cuma dalam beberapa puluh gram dan cepat kering jika basah ! Malah kualiti kain serta mutu jahitan turut diberi jaminan ! Testimoni mereka yang beli pun berjaya menarik minat aku. 

Akhirnya , aku termakan umpan dan terus beli... 4 pasang terus ! Cuma tak best tu ialah kena tunggu lama nak sampai ke tangan. Ni perbezaan beli online dengan beli terus di kedai ! Dah buat pembayaran , tapi kena tunggu. Sabar itu penting ! Hahahaha.. 

Proses pembelian pada 21hb Jun dan terima 27hb Jun. Hehehee.. Insan penyabar je boleh layan online shopping ni ! Yang tak sabar , jangan la yer. Beli je terus kat kedai. Huhuuh.. 

Sampai akhirnya. Yeayyyyy ! Aku tak kena tipu ! Hahahaha.. Bukan apa.. banyak orang komplen kena tipu bila beli online ni. Tapi bukan produk FitGear ni la. Produk lain maksud aku. FitGear ni aku tengok testimoni dia , semua positif ! Tu pasal aku confident beli. 


Terus aku cuba pakai. Sebelum tu bini menjeling dah. Membazir katanya ! Hahahaha.. Lantak ler ! Terus pakai gi gym. Nak tengok keselesaanya. Hehehe.. Ternyata aku berpuashati. Biasanya bila aku beli baju, nak bukak tu pasti akan dengar bunyi yang tak menyedapkan. Ada bahagian tertentu tertetas benangnya. Tapi yang ni , takda pun ! Aku try bukak dengan kasar pun , rileks je 'dia' ! 



Peluh melekat tapi tak mengeluarkan bau pada baju tu. Huhu.. Kalau bawak gi travel memang bagus ni. Tak payah bawak macam macam baju dah. Kan ? Memang pun diorang reka ni untuk bawa travel. Aku je bawa ke gym. Hahahaha.. 

Ok. mana nak beli baju ni ? Korang leh check di web , https://fitgear.shop/.


5 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.