Aku cuma penulis blog yang juga suri rumah dan bermasalah dengan kewangan..!

by - Ahad, Jun 03, 2018

Satu komen pembaca yang membuatkan aku tersenyum. Yer, aku tahu. Pembaca ni pelbagai ragam ada. Dulu aku cerita perihal anak anak , ada yang kata macam aku je ada anak. Aku cari makan dengan jual cerita anak anak. Hurm...

Dan komen terbaru ni... agak menarik perhatian aku.

Dulu best jgk blog ben ni.tp skrg nampak saudara tlalu beremosi n tlalu ke arah politik.mungkin ada masalah dr segi kewangan krn saudara surirumah.dulu sy happy tgk blog ni."..


Mungkin dia tak ikut aku dari awal rasanya. Blog aku ni , ikut perkembangan isu semasa. Blog aku ni juga adalah luahan rasa aku. Aku cuma tak menulis bila ianya bertujuan memfitnah atau memburukkan individu tertentu. Setakat ni , bila melibatkan isu politik.. ianya cumalah luahan pendapat aku saja. Dari dulu lagi aku macam ni ! Apa saja isu yang aku rasa aku perlu libatkan diri memberi pendapat , aku lakukan. Jika 'di luar bidang' kemampuan aku berfikir , aku simpan jer pendapat aku tu. Kang nampak cam orang bodoh lak ! Bikin malu jer.. kan kan ? Seperti isu terbaru ni , pemilihan peguam negara. Nah , aku tak kenal pon sapa dia dan aku tak layak keluarkan pendapat. Yang ni kena hati hati sebab melibatkan Agong dan Majlis Raja-Raja. Maka aku serahkan saja pada yang lebih layak. 

Yer.. aku cumalah suri rumah dan tidak ada sumber kewangan tetap. Duduk rumah jaga anak dari jam 6 pagi hinggalah 6 petang. Nak carum kwsp suri rumah pun aku tak layak ! Huhuh.. Tapi janganlah pandang suri rumah ni , gitu sekali. Apakah suri rumah cam aku ni ketara nampak ada masalah kewangan ? Apa kaitannya dengan politik ? Kira nak kata aku ni lepaskan perasaan pada blog la eh dengan menulis entri politik ? Huhuhuh.. 

Terlalu beremosi ? Tu tidaklah.. cuma buat masa sekarang ni, aku yang ada pengaruh di media sosial rasa bertanggungjawab untuk membantu kerajaan baru ni untuk menangkis serangan pihak tak sabar dan yang menanti kerajaan membuat kesilapan serta cybertrooper pihak tak dikenalpasti. Aku tak rasa pembangkang buat gitu kan ? Takkan pembangkang nak sebar fitnah atau mengkritik secara tidak berilmiah gitu , kan kan ?

InshaAllah.. aku ok jer. Dah nak masuk tahun ke 10 pun aku dalam bidang ni. Dan Alhamdulillah , aku suri rumah yang bijak gunakan kelebihan yang ada masa kini. Bukanlah duduk rumah dan tonton sinetron 24 jam pastu membawang di rumah jiran sementara tunggu orang rumah balik. Aku tak rasa pun suri rumah gitu wujud dah di zaman ni. Suri rumah zaman ni dah bijak buat duit dari rumah.. kan kan ? Semua demi untuk membantu pasangan masing masing memperbaiki atau menambah pendapatan keluarga. 

Tak semua benda aku boleh cerita.. maklumlah , ada je mata memandang. Kena hati-hati gak.. kan ?

Dan buat akak tu.. aku tak boleh nak tumpu sangat pada kehidupan anak anak untuk elakkan masalah di masa hadapan. Dan aku tak nak nanti bila mereka dah pandai menaip di laptop , mereka menulis cerita pasal aku yang dah tak larat bangun dari tilam lak.. Hehehe...

Faham tak ni ? Harap paham la yer. Bercerita mengenai isu semasa , memang aku suka sangat ! Ini je cara aku meluahkan pendapat aku dan moga ada tindakan dari pihak berkenaan. InshaAllah. 




You May Also Like

9 comments

  1. Teruskan berkarya dengan cara yang dirasa selesa. Allah tahu niat hamba-NYA. Baik ambil. Kurang baik jentik jauh2.Terus success OK. Aamin.

    BalasPadam
  2. biasalah makcik bawang.Dia taktahu tu.. huhuhu.Saya sokong abg ben.Tak kisah aben nak bcerita

    BalasPadam
  3. mgkn dia igt, tls politik so ada pihak bayar riban2 kt kita. amboi. terus jump kata kita ada mslh kewangan. kira akaun org ke?

    BalasPadam
  4. Tahniah utk dua tahun yg akan dtg. Cosmoderm terbaik. Sesiapa yg kritik itu lah hidupnya tak aman. Rajin stalker ��

    BalasPadam
  5. Bhai Ben...

    Relaks aaa... bertabahlah... biasa la komen orang macam-macam ada... huhuhu

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  6. dalam blog ai pun tulis macam2 ...ikut perkembangan semasa ...tapi semua secara sederhana ....

    BalasPadam
  7. alhamdulillah ada rezeki abg Ben kan. Tahniah utk terus kekal dan hebat sehingga harini..

    BalasPadam
  8. Pengomen hanya mengutarakan pendapat mereka.
    Tak semestinya kita kena setuju dan tak semestinya semuanya benar.

    BalasPadam
  9. Entah² dia baru tahun ni baca blog Aben, sebab tu komen gitu kot.

    BalasPadam