" Apa esok cuti ? Alaaa.. nak sekolah esok ! ".

Eh ? Dah pulakkkk ! Tak penah penah laa sejak kebelakangan ni, dia nak gi sekolah di kala hari cuti ! Hari sekolah pun dia nak cuti ni kan pulak bila dah cuti ! Kalau cuti dialah insan paling riang. Ibu dia cerita pada aku semalam. Balik rumah pun riang jer. Happy semacam ! 

Pagi ni hujan lebat. Dia tidur dalam jam 11 lebih malam tadi. Agak sedikit lewat. Namun pagi ni, dia yang aku kejut dan mandikan tidak ada sedikit rengekan sama sekali. Mandi dengan gembiranya. Walhal dengan cuaca sejuk begini , aku rasa... aku sendiri pun malas nak bangun mandi ! Hahahaha.. Tapi apa yang berlaku , adalah di luar dugaan aku. Lama dah dia tak seronok begini pergi tadika.

Lega dah aku. Mak dia pun lega gak. Tak lewat dah gi kerja. Kalau tak , nak memujuk untuk turun dari kereta pun dah makan masa. Ni sekarang sibuk bagitau dia nak pergi lawatan sekolah. Huhuh.. Pastu malam tadi , siap tunjuk kat aku lukisan yang dia lukis. Er, jap dia lukis. Jap Aaron lukis. Jap Hadif lukis. Adeh.. Belasah je laaa..



Di malam hari , sebelum dia nak tidur... memang wife akan ajar dia membaca dulu. Dan dia ok jer. Ngan aku , dia takut nak belajar. Daddy garang, Suka marah katanya. Huhu.... Yelah kot ! Aku ni nak ajar lembut lembut camana... 2 budak kecik ni dok mai panjat aku pastu dok mintak itu ini. Belum part bergaduh lagi haaa.. Seharian tengok dua dua ni bergaduh.. Zahra dan Aariz ! Penat jadi pengadil. Sana sini dok merajuk. Aishh.. Tekanan begini la buatkan aku nak setiap malam perlu ada 'me time' dan aku ke gym ! Huhuh.. 

Ahad ni..' Record card Day' tadika dia. Aku tak harapkan ' kejayaan' di kadnya berdasarkan 'perangainya' yang lepas. Asalkan dia nak ke sekolah sekarang ni , dah ok bagi aku. 

2 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.