Barang kemas banyak dan duit simpanan banyak. Perlu ke bayar zakat ?

Adik perempuan aku ni bijak bab cari duit. Murah rezeki dia sebab dia yang uruskan orang tua aku terutama arwah ayah ketika sakit dulu sehinggalah meninggal dunia. Sekarang dia yang uruskan mak. Aku dan adik beradik lain begitu juga cuma dia yang tinggal serumah dengan mereka. Sebab tu aku tak pelik , rezeki dia murah sangat. Alhamdulillah. 

Bijak menyimpan tak kira tunai atau emas. Demi masa depan anak anak katanya. Dia takda harta lain nak bagi. Cuma suruh belajar rajin rajin untuk pastikan anak anak tidak menjadi seperti dia. Takkanlah semua nak ikut jejak langkah dia dan ayah mereka ?? Hurm.. Baguslah jika berfikiran gitu. Tapi bagi aku , takda salah pun meniaga cam dia. Asalkan berkat , halal dan memberi manfaat pada masyarakat. Bukan mencuri pun , kan ? 

Aku tanya dia satu soalan cepu emas. Soalan gini memang aku suka tanya sekarang terutama pada insan-insan yang aku sayangi. Hehehe..

" Hang bayar dah zakat ? ". Aku senyum.

" Dah... tadi. ". Jawab dia. 

" Berapa hang bayar ? ". Tanya aku lagi. 

Dia pun jawab... 

" Tu zakat fitrah. Zakat harta dah ? ". Tanya aku.

" Terlupa lak... ". Jawab dia ringkas. 

Nah.... aku terus bagitau dia kewajiban membayar zakat harta dan simpanan ni. Semua ni memang nampak hak kita tapi ada juga bahagian untuk orang lain. Kena bagi juga hak mereka. Jangan risau aihh ! Allah balas berganda ganda lagi woooo ! Tak perlu nak rasa rugi sama sekali ! 

" Ooo... Ok. Nanti pi balik kaunter zakat. ". Katanya. 

" Tak payah pi pon tak pe. Hang bayar secara online jer. Mudah sangat. ". Sambung aku. 

" Tapi aku tak tahu nak bayar berapa ? ". Tanya dia.

" Cuba call dulu Lembaga Zakat Selangor. Tanya camana. Nanti diorang jelaskan. Kalau dah tau berapa kena bayar , guna jer secara online. Cepat dan pantas. Tak payah nak keluar rumah dah. Atau kat laman web LZS pun ada bagitau kiraan zakat ni. Senang sangat dah. ". Ulas aku.

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)


Info mengenai Zakat Harta  , boleh dibaca di SINI. Manakala untuk Zakat Simpanan pula , boleh baca di SINI. Untuk bayaran secara online , boleh ke web Lembaga Zakat Selangor. Untuk kiraan zakat , boleh klik pada gambar di bawah. 

Bila dah tau berapa bayaran , maka terus je buat bayaran secara online. Jangan risau ! Akan ada makluman mengenai bayaran tu nanti. Hehehehe.. Ada 3 cara pembayaran. Satu , kad kredit. Dua FPX  ( contoh Maybank2u ) dan satu lagi , skim potongan gaji. Nah , segalanya memudahkan dah. 

Cara melakukan pembayaran online tu pernah aku ceritakan di entri yang lepas. Di situ ada contoh yang lengkap siap dapat makluman lagi. Ok ?  Boleh baca di entri Penting Buat Pembayar Zakat di Selangor



Ramadan ada beberapa hari je lagi. Jangan lepaskan keberkatan membayar zakat di bulan mulia ni. Dan korang juga berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan. Mana tau rezeki.. kan ? Heheheh.. Ok ? Sekali lagi... jom bayar zakat sebelum terlupa ! Jangan lengah lengahkan tau. 

Untuk bayar , klik > https://fpx.zakatselangor.com.my/

Semoga Allah berkati kita semua. 


4 ulasan:

  1. Jom sama-sama tunaikan zakat harta pula...lebih murah rezeki dan bersihkan harta. Apa yang kita ada, hak org lain didalamnya.

    BalasPadam
  2. Bhai Ben...

    Ader 37 beg harta lagi tak dikira... camana nak bayar zakat... huhuhu...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  3. Mudah kan dah ada cara online ni, jadi takde alasan untuk tak bayar.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.