'Bintang' mengubah Qhaliff !


Kelmarin , dia balik rumah dan ajak aku gi Pizza Hut's. Aku kata esok sebab dah lewat malam. Dia nak makan pizza papperoni. Ok jer, kata aku. Asalkan Qhaliff gi sekolah tanpa menangis , daddy open table ! Heee.. Dengan duit ibu.

Alhamdulillah.. 2 hari berlalu... wife kata Qhaliff dapat bintang banyak. Suka sungguh dia. Rahsianya? Buat ulangkaji sebelum ke sekolah. Dan wife uruskan semua tu. Sebelum ni sukar nak buat sebab Aariz dan Zahra suka ganggu. Sekarang ni, diorang dah boleh buat hal sendiri dah. Boleh bermain sendiri.  Maka senang nak ajar Qhaliff.

Aku ? Hee....  Malam hari , tukar syif. Wife takeover. Aku lak kena 'kerja'. Kalau ikutkan aku, malas tapi aku terpaksa ! Kalau aku tak buat, aku boleh jadi tepu dan malas. Seterusnya membela kembali perut dan menghilangkan keyakinan aku dalam dunia media sosial ni. 

Seperti yang dijanjikan... malam ni aku 'off'. Bawak keluarga gi Pizza Hut's di Bandar Baru Nilai. Layan pizza. Seronok semua.. termasuk aku ! Dua hari tak keluar umah.. dapat keluar best woo ! Dan Qhaliff , undang undang baru.. hari sekolah tiada gajet ! Dia paham dan dia usung buku ke sana. 


Masalah dia ni satu je. Mudah terasa hati. Manja sangat. Tapi mudah je dipujuk. Dan nak ajar dia pun bukan susah. Cuma kena pastikan dia fokus jer. Mudah hilang fokus pun satu hal. Dalam kepala tu macam macam cabang ada. Dok nak bermain jer. 

Tak pe la.. pelan pelan. Bukan nak masuk Harvard pon tahun depan.. kan ? Hee.. Janji dia dah kenal huruf dan angka... InshaAllah ok je. Dan tahun depan, giliran adik dia lak. 

4 ulasan:

  1. Anak saya pun seronok jugak kalau dapat bintang, terus semangat nak buat homework.

    BalasPadam
  2. Bagi galakan, puji sikit mesti dia suka... :)

    BalasPadam
  3. yup. pujian, bintang smua tu mdorong.. hehe..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.