" Daddy pukul Qhaliff ! ". Kata dia.

by - Selasa, Jun 26, 2018

Hari pertama selepas cuti panjang , wife berjaya pujuk dia di dalam kereta tapi segalanya ada harga ! Kena singgah di Petronas terlebih dahulu. Belikan Sneakers dan air kotak terlebih dahulu. Mungkin dia lapar pagi hari tu yang buat angkara. Begitu juga setiap kali balik sekolah , memang kena sediakan Sneakers jugak. Kelaparan. 

Semalam... bukan setakat Sneakers jer.. Terpaksa belikan jugak ! Dan dia ok terus selepas tu.


Di dalam kereta.. dia bagitau ibunya... " Kenapa daddy tak sayang dia ? Daddy pukul Qhaliff.. ". Terpaksa la si ibu menerangkan segalanya. Begitulah nasib si ayah. Walhal aku ni la yang manjakan dia sangat. Terpaksa la naik tangan bila dah terlalu berlemak dan melampau. Cakap baik berkali kali dah. Sesekali terpaksa buat untuk elakkan dia berkata seperti Sazali satu hari nanti ! Lebih baik aku 'ajar' dia sekarang.  Sekurangnya kena tau hormatkan orang tua dan orang lebih tua darinya. 

Balik je petang semalam , dia ceria. Tapi episod dia kena rotan ngan aku ( rotan manja jer ) , tetap dia ingati dan ulangkali mengucapkannya. Cakap aku tak sayangkan dia. Mampu pandang dia jer. Jelaskanlah camana pun , itu yang dia ingat. Tak pe la. Aku redha. Biarlah aku yang 'dicop' begitu. Ibu dia jangan. 

Sedih juga. Tapi gitulah anak anak. Mereka jujur luahkan perasaan. Hari ni , aku cuba cara lain. Aku baca tips di blog selepas google , semalam. Dan aku terlupa cara aku sebelum ni. Masa nak kejut tu , jangan keras. Berlembut. Usap kepala.. cium pipi pastu dukung ke bilik air. Mudah je mandi. Takda masalah.

Selepas tu, nak bersiap... Nah di sini hampir berlaku masalah. Dia kata dia nak duduk rumah. Aku bisik kat dia. 

" Tengok tu Zahra. Tidur. Qhaliff rasa duduk rumah best ? Tidur. Pastu tengok tv ? Best ? Zahra tu hari hari cakap ngan daddy , dia nak gi sekolah ! Dia kata boring duduk rumah. Qhaliff best la.. Ada kawan. Boleh belajar. Boleh main dengan kawan kawan. Duduk rumah nak buat apa ? Ni tengok.. Qhaliff dah boleh keluar rumah. Daddy ngan Zahra duduk je..".

Dia terdiam. Terus pakai seluar dan baju. Sejujurnya , memang boring ! Hahaaha.. Ada orang suka duduk rumah jer tapi aku sesekali boleh la. Tepu duduk rumah. Idea takda nak tulis blog. 

Dan berjaya. Qhaliff keluar rumah dengan gembira tapi bersyarat. Malam ni dia nak makan pizza ! 

You May Also Like

6 comments

  1. Semuanya kena bersyarat kan kalau bila ngn budak2 ni.huhu

    BalasPadam
  2. sebenarnya daddy rotan Qhaliff kerana terlalu sygkan Qhaliff..melebihi syg semasa daddy tak rotan..

    BalasPadam
  3. Besar dah Qhaliff...

    Lama tak Ziarah Blog. Salam ziarah Abg Ben...

    15 CARA MENGENALI GEJALA KEMURUNGAN dan Atasi Kemurungan Melampau Dengan Bekam & B'Young Gold.

    Layari link

    http://www.imanbekam.com/2018/06/15-cara-mengenali-gejala-kemurungan.html

    BalasPadam
  4. Saya pun dengan anak selalu jugak camni, tak jalan cara rotan saya slow talk dengan diaorang. Memang lagi berkesan, siap nangis² lagi.

    BalasPadam
  5. Kdg kdg guna taktik psikologi ni lagi berkesan, biar anak anak fikir dan buat pilihan sendiri

    BalasPadam