Diminta Tun Mahathir dan YB. Lim Guan Eng letak jawatan segera !

by - Jumaat, Jun 01, 2018

Jam 3 pagi. Baru nak lelapkan mata. Tiba-tiba lalu la satu video ni di Timeline aku. Seawal video tu nampak la cam ok tapi selepas 10 saat , aku rasa cam tonton satu video yang.. hurm... Nak kata camana eh ? Bijak ? Hurmm... Gaya dia cakap , aku rasa dia boleh dah ganti Tun Mahathir dan Lim Guan Eng , serentak ! 

Bila aku tonton video tu , aku macam tengok Gabenor Bank Dunia bagi ucapan. Terutama part buka akaun di Bank Negara dan buka akaun asnaf atau orang miskin pastu derma kat mereka. Bagus sungguh saranan dia ni ! Kemudian , abis semua bangsa Melayu kena 'bodoh' dengan dia terutama yang menyumbang ke Tabung Harapan Malaysia. Dasyat ahhh.. Serius ! Ngan aku sekali kena bodoh ! Huhuh... 

Aku nak letak gambar dia kat dalam blog aku ni tapi segan lak. Aku ni tak setaraf dengan dia. Dia telalu bijak. Lafaz 'bodoh' dari dia tak terkira dilafazkan. Tu aku kata , dia ni dah boleh ganti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekarang ni. Tun Mahathir pun boleh berehat. Kasi kat si genius ni je pimpin negara. 

Aku rasa dia ni boleh dah ganti Jamal Yunos atau Ahmad Maslan. Mintak isi borang UMNO dan bertanding sebagai Presiden Parti. InshaAllah boleh berjaya nanti. Di PRU 15 nanti , sila bertanding yer. Baru syiok gitu ! 

Sumbang wang ke Tabung Harapan Malaysia satu perbuatan bodoh ? Aduh.. malu aku weh ! Patutlah Tun Mahathir nak jadi Menteri Pendidikan sangat. Memang ramai rakyat tak bistari lagi. Ahaa.. best part... ada yang menyokong dan mengiyakan kata katanya ! Hahahaha... Adeh. 



Teringin gak aku nak dengar dia ulas pasal duit beratus juta dalam rumah. Apa pendapat dia. Sememangnya dunia media sosial memerlukan orang orang seperti dia bagi mengelakkan netizen menghabiskan masa menonton video si Faiz Roslan tu.. 

Adoi ! Klik SINI untuk tonton video tu. 

You May Also Like

13 comments

  1. Hahaha habis dibodohnya semua orang... sabor jelah.

    BalasPadam
  2. dah tgk link tu, tapi separuh saja la dengar. pening dengar ayat bodoh j keluar..

    BalasPadam
  3. tegok gak waktu sahur tadi video dia...aduh, banyak benar bodoh dia keluarkan...sakit telinga..

    BalasPadam
  4. ooooo yg tu ek, mmg kasar betul tuh...
    yg pelik, klu dia tak nk hulur derma ke tabung harapan tu tak pyhla nk bodoh2kan org lain...
    eeeee geram lak...

    BalasPadam
  5. Kesian dia "attention seeker"

    Jom derma hehehe...

    BalasPadam
  6. Beribu² dosa masuk ke mulutnya tu, geram pulak tengok!

    BalasPadam
  7. hiks... apalah orang tu kan...hurm... terlebih bijak otak letak kat mana eh ...

    BalasPadam
  8. Saya rasa dia isim . Astaghfirullah .. Hehe

    BalasPadam
  9. Dulu best jgk blog ben ni.tp skrg nampak saudara tlalu beremosi n tlalu ke arah politik.mungkin ada masalah dr segi kewangan krn saudara surirumah.dulu sy happy tgk blog ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa.. Mungkin la kot masalah kewangan yg meruncing

      Padam
  10. Tahniah golongan muda yang peka dengan apa yang melanda negara.
    Jangan fikir apa yang negara boleh buat untuk kita - sebenarnya kita kena fikir apa yang kita boleh sumbang untuk negara setakat mana yang kita mampu....

    BalasPadam
  11. kalau ikut kenyataan media, xnmpk pn ayt yg menunjukkan kerajaan mewajibkan setiap rakyat melakukan sumbangan derma..jika ada perasaan cinta negara sepatutnya berterima kasihlah pd sesiapa yg menyumbang.

    BalasPadam