I love You , Daddy , kata si anak...

Kerap sungguh si Zahra ucap gitu pada aku. Kalahkan mak dia sejak berkahwin ni. Boleh dikira la berapa kali untuk bulan ni. Biasalah... dah dapat madu, kan ? Hahahaha.. Itu isu lain. Boleh cerita di entri kemudian hari. Ini entri berkisarkan anak. Ok ? Jangan lari tajuk. 

Bila si anak lafazkan gitu... kita balas dengan senyuman. Kemudian dia cakap lagi.. kita balas. Begitulah hari mendatang. Kita dengan sabar membalasnya.. kan? Bagaimana jika ada parents yang jenis... malas nak layan ? Nah.... part ni dia patut tonton cerita yang baru je aku tonton di Netflix. 

Pernah tengok tak citer ni? Nampak biasa je kan ? Aku pun malas nak layan tapi sebab Antonio Banderas berlakon... aku layan je la tadi.


Cerita ni sama je cam video yang aku tonton di Facebook , awal pagi tadi. Walaupun filem Act Of Vengeance ni ada ganas skit tapi point dia mudah jer... MASA UNTUK YANG TERSAYANG ! Kalau kita dok sibuk sangat sehingga kita tolak tepi masa kualiti bersama mereka yang kita sayangi, jika Allah amik mereka kembali...bagaimana ? Apakah kita nak menangis atau cium gambar mereka saja ?

Terpukul gak aku sebenarnya. Zahra memang gemar ucap I love You berkali kali. Dan aku pulak jawab berkali kali hingga ada kalanya tertinggi suara. Nah , inilah kesilapan aku dan bersyukur masih berpeluang memperbaikinya.

Terus aku cari anak dara aku... dan tak pasal pasal kena buat susu botol untuk dia !

3 ulasan:

  1. Hehe sweetnya Zahra! Ucap I love u ke daddy dia...haruslah daddy 1st love dia.

    BalasPadam
  2. Alamak terasa plak, si Faris pun kdg tiap 5 minit dok ulang i love you...sampai lemas nak jawab huhu

    BalasPadam
  3. Sayang sgt dia kat daddy tu, comel!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.