Kisah di hadapan kedai Bata..

Qhaliff dan Zahra , masing masing dok meroyan mintak nak beli mainan. Pantang tengok ada mainan baru di Youtube , sibuk tunjuk kat aku. Aku angguk je la. Geleng  kepala , lagi dipaksanya kita juga. Dengan aku , diorang berani. Dengan mak diorang, jangan mimpi la ! 

Malam tadi , nak dijadikan cerita.. bawak la diorang keluar jap ke Tesco Nilai. Awalnya nak ke Giant jer tapi kereta punya laaa sesak kat situ. Terpaksa ubah haluan ke Tesco. Tak pe la.. Nak cari kasut Zahra jer pun. Mana mana pun ok jer. Dan dalam kepala aku , cari di Bata jer. Kasut di Bata makin lama makin best ! Bagi aku laa.. hehe..

Sampai di Tesco Nilai , berpusing cari kasut. Dan hanya di Bata sajalah nampaknya banyak pilihan yang menarik. Wife dan Zahra masuk ke dalam mencari manakala aku jaga Qhaliff dan Aariz. Parking troli depan kedai games , Qhaliff mencuci mata sambil mulut dok kumat kamit mintak mainan baru dekat aku. Puas aku bebel tapi dia buat pekak jer ! 

Kasut dah dipilih. Wife beratur membayar di kaunter manakala aku jaga kesemua anak anak aku. Tiba-tiba ada seorang pakcik berusia , berpakaian kemas mintak izin nak lalu. Aku berikan laluan. Terpandang wajahnya dan gayanya , teringat akan aku pada arwah ayah aku. Terasa rindu mencengkam. 


Pakcik tu menyapa aku dan anak anak aku. Aku suruh Zahra salam tapi dia takut. Pakcik tu senyum jer. Sapanya sungguh lembut dan tersusun. Terpamer wajah tuanya yang kelihatan kepenatan. Sayu aku melihat dia. Cepat cepat aku alihkan bola mata aku. Aku sebak. Tahan jer..

"Beli barang raya ke Encik?". Tanya pakcik tu.

"Ya Pakcik. Layan kan anak anak ni..". Balas aku sambil senyum.

"Yelah kan.. Kalau kita tak beli, sapa lagi nak belikan utk diorg kan?". Jawabnya dan terus masuk ke dlm kedai Bata. Dicarinya lagi kotak.

Wife dah siap bayarkan kasut Zahra dan dtg ke arah aku.

"Bagi abang duit.". Pinta aku. Dia paham maksud aku. Dalam dompet aku cuma ada  2 keping RM20 yang mana aku tau , wife mengumpulnya. Sebab tu aku minta duit dari dia jer. Aku tak suka pegang tunai banyak. Mudah membazir aku ni. 

"Berapa?" Tanya dia.

"Meh 50 ringgit..".Aku jawab tanpa pikir.

Dia hulur.  Aku tunggu pakcik tu keluar dari Bata. Dia masih mencari kotak kotak kosong di dalam kedai tu. Pekerja di dalam tu pun tak kisah. Untung dia berpakaian kemas. Takda sapa nak larang dia termasuk pak guard Tesco. 

Dia keluar. Aku buat buat menunggu seseorang. Dia lalu depan aku dan menyusun kotak kotak tu di dalam trolinya.

"Pakcik jual ke kotak ni?". Saja aku tanya soalan bodoh.

"Yer Cik.. Cari makan. Ginilah.". Jawab dia sambil tersenyum


" Minta diri dulu yer , Pakcik. ". Aku hulur tangan. Nak bersalaman. Dan diselitkan juga duit tadi.

Terkejut dia bila tangan bersentuhan dan ada sesuatu untuk dia. 

"Lailahaillallah..". Spontan terkeluar dr mulut dia.

Aku senyum. Keras sungguh tapak tangan dia. Seperti bersalaman dengan batu. MasyaAllah. Sesungguhnya insan ini amatlah bekerja keras untuk hidup. Malu aku. Walaupun aku pergi gym setiap hari , tapak tangan aku tak sebegitu rupa !  Betapa aku hidup dalam kesempurnaan tapi masih lagi meminta minta dariNya ! 

Aku cepat cepat melangkah pergi. 

" Hati-hati balik kampung yer.. ". Kedengaran suaranya. Aku berpaling dan senyum. Mata mula berkaca. Cepat cepat aku berjalan pergi. Kalau lagi lama kat situ , silap silap mau aku peluk dia jugak nanti. Huhuh..

" InshaAllah. ". Aku jawab. Wife ada di sebelahnya dan kelihatan menganggukan kepalanya berkali kali. 

Tiba tiba air mata bagai nak mrengalir keluar. Aku kuatkan semangat. Tahan sesungguhnya. Aku tgk wife pon gitu gak. Masing masing mata dah berkaca. Aku terbayangkan arwah ayah yang gemar mengumpul tin untuk membeli rokok .. 

" Aku tak mau kacau anak anak... Biarlah aku cari duit sendiri.. ". Masih terngiang kata kata arwah ayah aku tu. Sememangnya dia takkan meminta dari anak anaknya. 

Al-Fatihah buat ayahku.. 

9 ulasan:

  1. Mata masuk habuk plak baca ni...

    BalasPadam
  2. Sumbangan yg kecil kdg2 mampu buat mereka tersenyum

    BalasPadam
  3. Alaaa sedih, rindu arwah abah jugak!

    BalasPadam
  4. Aisss.. sape pulak yang potong bawang kat opis...

    BalasPadam
  5. Al-fatihah.. Untuk arwah ayah saya dan arwah ayah ben..
    Sebak baca..tetiba rindu arwah ayah..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. gitulah yang terbaik, berkongsi rezeki tanda mensyukuri nikmatNya..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.