Nak balik kampung kan ? Kereta dah servis ? - BEN ASHAARI

Nak balik kampung kan ? Kereta dah servis ?

Tahun ni.. seperti tahun tahun sebelum.. memang wajib beraya di Kelantan. Berpuasa di KL , beraya di Kelantan. Adil la kan ? Hehehehe... Aku ok jer. Takda masalah. Nak beraya kat KL pon , bukan ada orang. Semua dah pakat pakat balik kampung. Lain la kalau mak aku ajak beraya kat Penang. Tapi bukan ada tok nenek dah kat sana. Huhuh.. 

Dan sebelum balik tu... kereta wajib kena buat servis. Check segalanya. Part ni jangan kedekut. Aku memang suruh diorang check betul betul. Bukan apa.... aku tak nak kereta bermasalah di tengah jalan. Brek kereta terutamanya ! Kena pastikan cengkam. Sekarang ni cuaca tak menentu.


Tak kisah kat mana nak servis asalkan buat servis tu ! Jangan memandu kereta yang tak pasti keadaan 'kesihatannya'. Kena fikirkan penumpang lain juga yer. Jangan nak main asal boleh gerak jeee ! Bahaya tu ! Kang breakdown tengah jalan... malam buta... sebelah kubur ! Nahhh... mau gigil kepala lutut ! Hahahaha... 

Pada rakan rakan yang nak pulang berhari raya di kampung , silalah buat servis yer. Check betul betul. Keselamatan adalah keutamaan. Malang tak berbau yer.. 

5 ulasan:

  1. belum lagi servis ni. 2 3 hari br nak servis.. major service sekali.Huhh.. service ekon juga.. heee.Kita takde kampung.. tapi tetap nak servis

    BalasPadam
  2. belum servis lagi..esok kot baru servis

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.