Qhaliff kena turun kelas...


Sebelum ni dia memang payah nak gi tadika. Menangis dan takda mood. Bila dia bawak balik kerja sekolahnya, aku yang tengok pon rasa 'ngeri'. Aku sendiri boleh takut nak gi tadika gitu. Heeeee... Dah ala ala masuk sekolah rendah dah gitu. Baca buku latihan dia pun seolah mcm nak amik UPSR di zaman aku. Hahhahaa... 

Aku taknak bandingkan dengan aku dulu. Zaman dah berubah. Dari awal lagi aku dah tau Qhaliff camana. Dengan aku, dia payah nak belajar. Aku garang. Di tadikanya, guru garang menakutkan dia. Dan masalah utama ialah dia mudah hilang fokus terutama part membaca buku English. IQRA ok. Takda masalah. Matematik, di rumah tak ditekankan lagi tapi asas tu dia dah paham. Nak Advanced, fuh.. kesian kat dia. 

Bukan salah tadika. TERPAKSA ikut kemahuan PENDIDIKAN zaman ni. Cuma aku harap, kerajaan MALAYSIA BAHARU ni akan lebih bijaksana dengan membuat perubahan. Jangalah peperiksaan menjadi keutamaan dalam menilai prestasi murid murid. Kalau ya sekali pun, haraplah jangan terlalu ke hadapan atau suruh budak berfikir di luar kotak keterlaluan. Cungkillah bakat mereka seawal usia seperti zaman aku dulu. Sukan dan pendidikan seimbang. Seronok gi sekolah. 

Sekarang, Qhaliff tak liat dah. Selepas aku selesai subuh, terus aku dukung dia naik ke bilik air. Mandi. Dia tak menangis. Siapkan pakaian dia dan dia disuruh tidur sekejap. Bila ditanya apakah 'kelas bawah' best, dia senyum. Kelas atas susah katanya. Kelas bawah senang skit.. Dia jelaskan. Hurm.. Aku faham situasi dia. Bukanlah dia lembab cuma dalam kepala dia masih asyik nak bermain. Gajet? Takda gajet pon ok asalkan ada sesuatu dia boleh main melainkan baca buku. Jika dipujuk suruh baca, dia baca jer. Cuma suara automatik jadi perlahan. Hahahhaaa.. 

Aku dulu pun bukan kelas depan. Memang aku tak suka nak kelas depan sebab kena bersaing dengan budak budak yg lebih teruja nak masuk Harvard berbanding aku, asalkan ad kerja gaji ribu ribu dah la.. Hahahhaaa.. Bab ni aku tak bercita cita besar. Memadailah dengan mampu berkhidmat utk bangsa, agama dan negara. 

Tapi lain dengan ibunya. Dia punya cara sangat jauh sekali dgn aku. Dia budak sekolah pandai. Heheheee.. Katanya dia di sekolah dulu tak pernah jatuh kelas. Top 5 gitu. Kalau borak bab akademik dgn dia, memang aku jadi bahan gelak je la. Dia ulat buku. Aku kaki sukan. Bukanlah aku ni bodoh orangnya. Cuma aku lebih suka praktikal dari teori. 

Hari ni Qhaliff sekolah. Jika esok dia masih mengekalkannya, bermakna dia berjaya cipta rekod utk bulan ni. Seminggu tanpa ponteng! Tapi ada la gak harganya. 2 malam dah dia mintak makanan sedap sedap. Berpeluh ketiak aku gak woi nak bayar. Tapi tak pe la.. Utk anak anak. 

Sekarang dia lagi enjoy. Agaknya dia mcm aku kot. Suka cikgu perempuan lagi. Seronok gitu. Hahhaa. Jangan ikut daddy. Daddy dulu 'romeo must die'! 

5 ulasan:

  1. Macam mana nak kasi anak luar dari gedget ada tips tak

    BalasPadam
  2. Qhaliff ni lebih ikut perangai Ben ni...Setuju dgn Ben...Kanak2 kena enjoy dgn dunia depa..Baru depa tak stress atau memberontak...

    BalasPadam
  3. pendekatan guru kelas pertama kedua dan last memang berbeza ....

    memang boleh nampak ramai anak2 kat kelas pertama lebih stress berbanding kelas bawah ....

    terus dapat idea nak ulas panjang lebar kat blog ......

    BalasPadam
  4. Pelajaran skrg memang buat anak² struggle jadi kita jangan push sangat, kena bagi mereka enjoy belajar.

    BalasPadam
  5. Anak-anak kita jadi ‘mangsa’ sistem pendidikan. Akhirnya ramailah pelajar-pelajar pandai tapi tak bijak terlahir..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.