Raya , raya gak tapi..

Perkara yang paling merisaukan aku ialah berat badan aku naik di bulan Syawal. Jika aku berjaya mengawalnya ketika Ramadan , bermakna Syawal takda masalah tapi belum tentu ! Tahun lepas, aku gagal mengawalnya menyebabkan aku kelihatan seperti belon dari depan dan dari tepi seperti mengandung 6 bulan. Buruk benar jika pakai baju yang agak sendat. Comel tu , memang comel tapi keyakinan diri takda melihat diri begitu. Huhuhu.. 

Menjelang raya , banyak makanan sedap sedap terutama di Kelantan. Apa yang aku kena buat ialah kawal nafsu dan banyakkan bersenam. Walaupun gym tutup , aku tetap melakukan senaman di dalam rumah. Kelihatan ringan tapi berat juga nak buat. Berat sebab MALAS ! 

Bab makanan tu, aku atasi dengan pengambilan Susu Kambing Lazz. Aku pastikan aku 'kenyang' dengan susu dulu sebelum makan. Begitu juga di malam hari. Bila lapar jer, aku makan biskut yang dicicah dengan Susu Kambing Lazz ! 


Sebab tu di hari Aidilfitri , aku kelihatan seperti .. hehee.. segak bergaya ! Pakai baju Melayu pun tampak kemas dan mengancam.. Aummm ! Aku taknak la kelihatan berketul ketul. Memadai pakai baju tu , kemas dan smart dah laa.. Kan ? Cukup dapat buat anak dara terpusing tengok .. dah la ! Heee..

Ok la gini kan ?


Bila dah balik KL... open house tu banyak ! Nah , jangan la seperti lembu nampak rumput ! Bedal selagi boleh. Makan tu ala kadar je. Amik sekadar untuk rasa jer. Makan sekadar untuk meraikan jer. Jangan la makan selagi boleh sumbat. Aduh... Kemudian sibuk pikir nak turunkan berat semula. Hurmm.. Salah dah gitu.

Macam aku.... Aku masih lagi amalkan pengambilan Susu Kambing Lazz di siang dan malam hari. Maka dapatlah aku mengekalkan bentuk badan begini.. di usia 42 tahun ! Huuhuhu.. 


Dan satu lagi masalah ialah.. Piala Dunia sedang berlangsung skang ni. Ramai la dok melepak di kedai mamak dan makan sambil menonton. Atau tidak pun , teh tarik tak kunjung putus! Haish... ni bukan saja tidak sihat malah membuatkan badan kembali membulat ! 

Aku layan gak.. Memadai je dari rumah. Tak payah la nak 'berfeel' bagai aih. Kita jatuh sakit , bukan Messi atau Ronaldo nak datang tengok pun. Tuuuu , Ronaldo kat rumah kita tu nanti yang kena jaga gak ! 


Layan bola dengan LazzCafe ! Cerah mata siutt ! Try laa kalau tak caya. Hahahaha.. Boleh dapatkan terus di www.lazzdelivery.com

14 ulasan:

  1. Lepas raya ni kena diet juga, hahahaha...

    BalasPadam
  2. Ok jap nak beli online. Stok dah habis. Susu ni memang best

    BalasPadam
  3. betul tu..mkn kena ingat.

    BalasPadam
  4. Lazz Kurma i dah habih, nak kena repeat order lah gini

    BalasPadam
  5. Raya-raya ni memang out bab makan.. Stok susu lazz dah habis pulak tu..

    BalasPadam
  6. LazzCafe dah ada stok eh..Sal suka ya amat .. kenyang terus bila consume

    BalasPadam
  7. Bagus aben..tak semua org ada kesedaran,lagi2 musim raya ni

    BalasPadam
  8. wooow awesome lah..
    susu Lazz mmg sedap..

    tapi serious lah 42...mcm 30an

    BalasPadam
  9. Takut nak cuba lazzcafe.. tapi tertarik-tarik nak cuba..

    BalasPadam
  10. Nasib berjaya kawal makan raya ni, air manis memang tak minum. Pi beraya bawak bekal air masak je.

    BalasPadam
  11. masih minum juga..sarapan dan sebelum tidur..susu progress banyak oo..hahaha..

    BalasPadam
  12. Lazz!!! Paling sedap nie. Eyqa punya ada sikit lagi nie. Sedap yakmat!

    BalasPadam
  13. hahaha..layan kat umah pn boleh feeling apa.
    gedik je nk tgk kat luar.
    nmpk best plak bro minum lazz tu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.