Aku berhenti kerja kerajaan sebab..

by - Rabu, Julai 04, 2018

Aku nekad. Ada yang kata aku bodoh. Walaupun peluang ketika tu untuk diserap ke 'tetap' amat tinggi tapi aku tidak berminat sama sekali. Nak dapat anak bukanlah mudah. Si isteri terpaksa menjalani pembedahan kecil ketika tu semata mata untuk mendapatkan zuriat buat aku... Dan aku beruntung sebab dah sediakan platform punca pendapatan di media sosial. 

Kelahiran Qhaliff ke dunia ni , aku dah tidak lagi bekerja. Hanya buat kerja kerja blogging saja. Asalkan ada sedikit pendapatan dan boleh cover hutang piutang , ok dah. Kenapa aku sanggup berhenti kerja dan nak jaga anak sendiri ? 

Kes kes seperti dibawah inilah mengerunkan aku. 

Bukanlah semua pengasuh 'sama perangai' , kan ? Ada yang bagus. Menyayangi anak asuhan seperti anak sendiri. Kalau dapat begitu , memang beruntunglah. Tapi jika dapat yang macam... Hurm. Banyak kita tengok kes kes aniaya anak asuhan diviralkan. 

Sebab tu aku bincang dengan wife.. dan memandangkan dia 'berkarier' , maka aku je mengalah dan biarkan aku jaga anak anak aku sendiri. Tak pe laaa.... tak tengok dunia pun ok la. Janji aku tak runsing bila di pejabat . Dah la aku ni spesis mudah runsing. Kang darah tinggi melampau lak. Huhuh.. 

Diharap kerajaan dapat lakukan sesuatu mengenai isu ni. Seperti adakan  rumah asuhan bertauliah di setiap taman perumahan dan pengasuh juga punya sijil dan kelayakan.. perbanyakkan lagi ! 



You May Also Like

10 comments

  1. Alahai kesiannya, dah banyak kes camni tapi macam tiada tindakan serius diambil.

    BalasPadam
  2. Harap lepas ni banyak taska di tempat kerja. Senang nak jenguk anak.

    BalasPadam
  3. Baru dgr berita ni dari wife pagi td.. sedih dgr.. bukan senang nak dpt anak.. ramai yg masih berusaha utk dpt zuriat sendiri.. semoga anak2 kita semua dilindungiNya. amin

    BalasPadam
  4. Ya, kena kaji latar belakang pengasuh. Sebaiknya yang berdaftar. Tapi itulah ada juga masalah yang berdaftar pun...ish kalau juju di beri peluang kedua nak jaga sendiri...berhenti kerja dan buat kerja sampingan dari rumah nanti jika di beri rezeki.

    BalasPadam
  5. Lebih baik lagi kalau perbanyakkan agensi kerajaan yang memberi peluang untuk salah seorang parents untuk bekerja dari rumah.

    BalasPadam
  6. tabik spring dengan aben. qhaliff mesti bangga dapat daddy macam aben

    BalasPadam
  7. sedih kan. saya pun behenti kerja kerajaan sebab nak jaga anak sendiri

    BalasPadam
  8. Kes nie mmg sngt menyedihkn. apa yg bro Ben bt adlh pilihan btl. nk cr taska n pengasuh sebagus zaman dahulu mmg ssh skrg nie.. ada yg bgs tp agk sukar. zaman skrg kualiti duit lg pnting dr kualiti tanggungjwp..

    BalasPadam