Anak kecil kita terdedah dengan gejala dadah di sekolah ?

by - Jumaat, Julai 27, 2018

Semalam aku meeting bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( Pencegahan). Satu meeting yang cukup menarik bagi aku , sebagai orang awam. Walaupun singkat , aku telah diberitahu akan bahaya dadah yang merebak tak kira tempat termasuk di dalam sekolah. Malah Rafizi Ramli turut menyatakan mengenaiknya di dalam Facebook beliau. 

Hurm... apa yang merisaukan aku ialah anak aku bakal bersekolah tahun depan. Bermakna dia akan mula terdedah dengan persekitaran yang sangat mencabar. Sebagai bapa , aku senantiasa mengawal dan juga memberi infomasi serta didikan terutama melakukan sesuatu yang dilarang dan melanggari undang undang seperti merokok , berkata yang tidak elok  dan sebagainya.

Kes dadah ni , dari aku sekolah lagi dah wujud. Aku sendiri tengok bagaimana rakan rakan sebaya aku 'rosak' dek kerana dadah seperti gam , ganja dan juga heroin ! 




Berdasarkan statistik dan juga pengalaman hidup aku , faktor pengaruh kawan cukup bahaya ! Anak anak kita terdedah dengan rakan rakan yang negatif perangainya. Nampak baik tapi rupanya.. Fuh , menakutkan sungguh laaa... 

Apakah peranan kita sebagai ibu bapa , anggota masyarakat bagi membendung masalah dadah terutama di sekolah ni ? Ingat,. bermula dadah akan merebak ke masalah sosial yang lain ! Jangan la kata anak aku baik... anak aku tak bercampur budak nakal , maka kita tak nak amik tau ! 

Masalah utama dadah ini ialah kita sendiri ! Jika kita sendiri anggap masalah dadah ni adalah masalah agensi penguatkuasaan  seperti polis dan AADK , rasanya sampai bila bila masalah dadah ni tidak dapat diselesaikan ! 

Hurmm..camana nak bantu pihak penguatkuasaan untuk membasmi dadah ni ? Itu persoalannya ! 

You May Also Like

8 comments

  1. Setiap gerak geri anak kena pantau especially yang bekerja..luangkan masa dan percayalah...tak rugi pun.

    BalasPadam
  2. huishh seram, biasa anak tak terkawal bermula seawal 10tahun.
    perlu bimbingan rapi dari ibu bapa. kadang-kadang pun terleka sebab urusan harian. semoga ahli keluarga terhindar dari perkara yang tidak diingini seperti ini

    BalasPadam
  3. Dulu di sekolah setiap hari guru disiplin ditangan tak lekang dengan rotan cari murid-murid yang sembunyi di port rahsia..jumpa,dapat,amaran,rotan,panggil ibu bapa..panggil polis..itu pun masih tetap ada kes disekolah.Sekarang persoalannya masih bolehkah begitu..masih sudikah segelintir ibu bapa mendengar penjelasan pihak sekolah dan terima hakikat warna sebenar anak-anak dibelakang ibu bapa..

    BalasPadam
  4. risaunya..bhya skrg ni. rmai ibu bapa suka amik mudah

    BalasPadam
  5. Penting untuk kota kenal
    Dengan siapa anak2 kita berkawan... pengaruh rakan sebaya memang sangat berperanan besar dalam hidup anak kita..

    BalasPadam
  6. Rakan negatif? Sepatutnya kena banteras rakan negatif utk jd rakan positif...semua org kena ambil padu usaha ni...kdg2 kita terlalu asyik nak jaga anak sendiri kan...tp terlupa utk banteras dari awal2 sejak bila rakan negatif ni terjebak dgn dadah. Sedih sebenarnya, di sekolah hanya tekan karangan pasal dadah je...apa salahnya wajibkan aktiviti membanteras dadah ni bersama...buat aktiviti sebenar...ajak anak2 ni turut serta banteras bersama...bila mereka rasa ada tggjwb pasti kes ni akan menurun.

    BalasPadam
  7. Anak-anak memang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Bagi saya didikan awal dari rumah sangat penting. Bila dah sekolah, ibu bapa perlu pantau aktiviti harian anak-anak dan ambil tahu dengan siapa mereka berkawan.

    BalasPadam
  8. Takutnya benda camni, kena lebih alert pengaulan anak² kita dengan rakan² diaorang. Tak boleh terlalu bebas sangat.

    BalasPadam