ASAP STEAMBOAT AND GRILL , cawangan Bandar Baru Bangi dibuka.

Dok dengar je sebelum ni ASAP Steamboat And Grill sedap dan terletak di Puchong. Huhuh.. Tak berkesempatan lagi aku nak merasa makan kat sana. Tapi sekarang , aku boleh pergi je bila bila masa. Kenapa ? Sebabnya ASAP Steamboat And Grill dah buka cawangan terbaru mereka di Bandar Baru Bangi dan menariknya mereka masih mengekalkan konsep  yang sama iaitu ' berstimbot' di dalam suasana kampung yang mana mementingkan hiasan dalaman  yang unik serta ruangan parkir yang luas serta mencukupi bagi para pengunjung. Er , 250 orang dalam satu satu masa. InshaAllah.

Dari rumah aku, di Sepang nak ke ASAP Steamboat And Grill cawangan Bandar Baru Bangi ni tak jauh mana pun. Dalam 20 minit dah boleh sampai. Terletak di Desa Sentosa Fasa 2 , nak ke sini cuma perlu Waze jer.. Set ke Desa Sentosa Fasa 2 , inshaAllah jumpa. 

Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam , ASAP Steamboat And Grill yang mana dimiliki sepenuhnya oleh Nurul Izzah Catering ini  cuma mengenakan bayaran sebanyak RM42 seorang bagi orang dewasa dan  kanak kanak cuma RM21. Ok la kan ? Puas makan woo.. Macam macam pilihan ada kat sini. Confirm balik kekenyangan sangat sangat. Huhuh.. cam aku. 

Sememangnya luas dan menarik ASAP Steamboat And Grill cawangan Bandar Baru Salak Tinggi ni.







Luas. Parking mudah. Tandas dan surau yang selesa turut disediakan. Maka , jangan risau la yer. Kebersihan amat tip top di sini. 

Dirasmikan oleh Tuan Haji Haron Khamis pada 1hb Julai 2018. Baru je kan ? Masih bau kedai gitu.. Aku yang bukan peminat steamboat pun berpuashati makan di sini. Alhamdulillah.. Dengan harga RM42 tu, pastinya korang akan pulang dengan senyuman. Yang bestnya , makan sambil bersantai di sini. 






Sedap dan banyak pilihan gitu. Er , ada 115 jenis pilihan makanan disediakan di stesen buffet termasuklah aneka pilihan Yong Tau Fu seperti pepahat , kepah , lala , udang , kerang , sotong dan banyak lagi. Tidak lupa juga buat pengemar daging.. ada kambing , lembu , ayam dan ikan. Menariknya setiap hidangan daging ni diperap dengan empat jenis perapan... BBQ , Asap Spicy , Madu dan Black Pepper. Sedap ? Hehehe.. sedap ! 

Bagi yang ingin kan kelainan , ada juga nasi goreng , mee goreng , spagetti bolognese , sup tulang dan nasi putih. Untuk anak anak pulak ada  ais krim , dadih , jagung kukus , pau , hot dog dan banyak lagi. 

Ada kugiran juga yer. Tak la boring dan senyap je.. Hehehe.. Layan wooo ! 



Sedap nampak ? Hahaha.. Yeaghhh.. Pastikan korang tempah awal awal sebelum datang. Takut penuh jer.. Hehehe.. 

Rajin rajin tengok Instagram ASAP utk promosi terkini. 


Info ASAP STEAMBOAT AND GRILL cawangan BANDAR BARU SALAK TINGGI : 

Alamat : Jalan Taman Sentosa , Desa Sentosa Fasa 2 , 43650 , Bandar Baru Salak Tinggi , Selangor.
No Whatsapp untuk tempahan : 013 766 8944 




27 ulasan:

  1. Tempat santai.. .Menarik!
    Harga pun under budget. Terbaik laaaa

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ada tempat solat utk kemudahan yg datang

    BalasPadam
  3. oooo marinated asap spicy tulah yang sedapppp sangat sampai tambah banyak kali ....tomyam dia pun yummehhhh

    berbaloi sangat makan steamboat kat Asap

    BalasPadam
  4. 115 jenis pilihan makanan fuhh dasyat... memang banyak pilihan

    BalasPadam
  5. Wahhh banyaknya pilihan makanan dia. Best! Aben, lanjer plisss...

    BalasPadam
  6. Uishhh murah, nak pergi nak pergi! Saya dahlah peminat steamboat.

    BalasPadam
  7. aduhai...sedapnya tgk ...boleh cuba ni..huhuhu

    BalasPadam
  8. open tempat dia..
    nampak luas.
    xdek le panas mcm setengah kedai steamboat.
    boleh singgah nanti

    BalasPadam
  9. Sedapnya makan steamboat.. 115 pilihan makanan.. Banyak tu..

    BalasPadam
  10. Nampak macam sedap. Berasap2 haa

    BalasPadam
  11. Uish banyaknya pilihan! Layout kedai pun best, luas gitu senang nak bawa anak anak

    BalasPadam
  12. hebatnya diskaun tu yer..siapa tamau free 1pax..dah jimat tu.Nanti ina war2 kan pada rakan lain

    BalasPadam
  13. macam best jer! berbaloi kalau pergi ramai2 ni. nak try jugak nanti!

    BalasPadam
  14. Nampak mengiurkan kuah steamboat tu nakkkkkkkkkkkkkkkk!

    BalasPadam
  15. Nanti nak ajak la somi makan sini..aumm..murah tu..leh melantak macam-macam

    BalasPadam
  16. Wah macam2 ada berbaloi sangat dengan harga

    BalasPadam
  17. dkt bangi ke, bandar baru bangi ke, bandar baru salak tinggi?

    BalasPadam
  18. Wow, nampak menarik dan sedap. Menatap gambar dari jauh dulu. Ada rezeki ke sana boleh cuba

    BalasPadam
  19. Memang febretlah steamboat ni.. InsyaAllah nak try kat sini nanti

    BalasPadam
  20. tuan, salak tinggi ke?? igt kan bandar baru bangi... tajuk entry bandar baru bangi. aiseyymenggg hehehe.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.