Bila aku dijemput ke 'rumah terbuka'..

" Ben , jemput datang ke open house kitorang nanti yer. Ajak wife dan anak anak sekali tau. ". Pinta kawan tu. Aku terkedu. Camana eh ? Nak bawa ke tak ?  Seronok dapat jemputan begini. Tapi buat masa ni aku terus set dalam kepala , kena pergi sorang je . Bawak satu keluarga? Hurmm... Belum boleh lagi kot. 

Zaman ni, bila ada isu , 'viralkan jer' adalah jalan termudah atas alasan untuk  ' mengajar dan mendidik' insan insan tertentu..kononnya ! Atas sebab itulah , aku kena pikir panjang untuk bawa anak anak gi beraya rumah orang.  Bagi yang tau , aku kan ada 3 orang anak. Semua kecik kecik lagi. Masing masing dengan ragam tersendiri. Aku tak nak diorang jadi 'bahan bawangan' tetamu lain atau jadi mangsa kepada amarah aku. Kalau diorang boleh jawab , mesti diorang jawab...

" Kitorang mana tau ? Sapa suruh bawak kitorang ? ". Kan ? Diorang bukan nak sangat gi beraya umah orang.. melainkan kat sana ada taman permainan. Kat sana kang mak bapak beria berborak sambil jeling anak anak. Yang anak anak ni nak buat apa ? Duduk sopan sambil membawan dengan rakan rakan yang baru kenal seminit yang lepas ? Mana bisa kan ?

Akhirnya... aku je la gi penuhi jemputan. Zaman sekarang ni , barangan di dalam umah mahal mahal. Aku lak , suri rumah jer. Kang kalau 'opss .. terpecah', berpeluh ketiak nak bayar balik. Takkan nak mintak maaf gitu je kan ? Huhuhuh.... 

Dan biasanya , parents dipersalahkan kerana tak jaga anak anak atau didik anak adab beraya di rumah orang ! Haih... cakap senang laa. Terutama yang takda anak lagi. Tunggu la ada anak ramai.. dan takda bibik ! Tau la camana. Jangan sembang kencang. Dan yang nak buat open house tu , sila la bagitau .. Jangan bawa anak kecil sebab barangan di rumah ni , mahal mahal. Pecah , sila bayar ganti rugi !

Tak pergi pon tak pe la... Kalau dikatakan kera sumbang pun tak pe la. Redha jer. Aku dah ada dua pengalaman 'berkejar ke hospital' dan tak nak ianya berulang lagi ! 

6 ulasan:

  1. Saya kalau pergi open house suka yang buat konsep khemah kat luar rumah, so tak perlu masuk dalam rumah depa. Yelah risau jugak kalau anak terpecahkan barang orang.

    BalasPadam
  2. Ye anak ramai lagi lah kita risau kan...dalam dok jaga tu pun nak jadi...apa2 tunggu diorang besar nanti

    BalasPadam
  3. Motif gambo last tu uii hahahaha...
    Zaman viral sekarang ginilaaa, aku hidup membesarkan anak selama 24tahun, belum ada lagi kes viral macamtu, walaupun kadang pergi uma orang anak orang pecah barang dan tumpah air *termasuk anak sendiri*, tapi takde nak membawang, tapi sekarang, anak berak dalam seluar kt rumah orang, tumpang tandas orang berbau pun orang membawang oiii ....

    tak tau salah mak pak yang membawang atau nak salahkan anak. Kalau terus mcm gini gayanya, memang kita hidup susah lah nak campur orang kann..sebab segan nak bawak anak ke rumah dan bergaul dengan orang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. inilah maksud saya sis....tuan rumah buka aib tetamu ...baguskah gitu ???

      Padam
  4. Meh dtg umah cik sue ni,tak de brg mahal pun,sofa keras kejung lompat la selagi tak patah hahahha,tak de brg kaca,sbb anak dara pun macam bini tarzan hehehhe...meh2 dtg raya.

    BalasPadam
  5. saya pun sama, malas nak bawak anak ke open house. so lebih baik tak pergi dari nanti kita yang sakit hati

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.