Boroi ? Jangan risau aih ! Meh aku kasi tips hilangkan keboroian itu !

by - Jumaat, Julai 13, 2018


Entah kenapa.. bila aku post gambar aku 'boroi' , LIKE mencurah curah gitu ! Tinggi LIKE wooo ! Tapi bila aku post gambar aku tengah workout kat gym dengan kesadoan yang menghampiri kekacakan body Ronaldo Portugal (bukan Ronaldo Brazil tu yer) krik krik jer ! Why ?? Why ??? Kenapa semua ini boleh berlaku ?

Sewaktu Ramadan , memang aku dapat bentuk badan yang aku nak. Tapi masuk je Syawal, segala tuk nenek setan 'dilepaskan' maka nafsu makan aku kembali bermaharajalela ! Er, apakah salah setan atau sebenarnya aku yang tak reti nak kawal nafsu makan ? Jawapannya ialah.. kita sendiri ditambah dengan bisikan setan ! Perfect ! 


Di Kelantan , memang meriah makanan. Mak mertua aku masak sedap sedap. pagi , tengahari , petang dan malam.. makan makan makan ! Gym tutup lak tu. Nah... camana tak boroi ?? Boroi cam gambar diatas tu , buruk aih ! Cam gajah jantan bunting ! Haish.. 

Camana nak hilangkan keboroian tersebut ? Mula mula... kita kena pastikan... Apakah boroi tu memang dah bertahun lamanya ? Atau baru jer ? Jika dah bertahun lamanya, maknanya lemak perut tu dah menebal. Bukan mudah nak hilangkan kecuali kena bersenam dengan cara yang betul. Jangan lupa berdetox dengan cara yang betul. Ingat , bersenam bukan saja mampu memecahkan lemak malah mengembalikan stamina. Itu yang penting. Kesihatan pun automatik terjaga. 



Kemudian , pemakanan kena jaga. Cam kes aku.. sewaktu Ramadan lepas aku suka makan biskut oats dengan Susu Kambing Asli dari LAZZ. Kurang gula tapi masih lemak berkrim gituu. Sekarang , aku dah tukar menu tapi masih mengekalkan Susu Kambing Asli Lazz.  Aku makan kurma ! Pagi dan malam aku makan kurma. Tengahari , aku makan nasi. Lauk, wife sediakan. Kurang garam dan gunakan minyak zaitun je bila masak. 

Alhamdulillah.. ada penurunan dan paling penting keselesaan bila berpakaian. Diingatkan kembali , kena rajin bersenam. Jadikan amalan sebab dapat menyekat selera makan kita. Selain dari mengembalikan keyakinan terhadap diri sendiri... kan ? 

Camana nak order Susu Kambing Lazz ? Follow Instagram LAZZ atau ke www.lazzdelivery.com.


You May Also Like

9 comments

  1. Lazz memang best. Kalau minum tu kita boleh kontrol makanan yg lain. Sbb perut rasa kenyang

    BalasPadam
  2. Lazz memang best. Kalau minum tu kita boleh kontrol makanan yg lain. Sbb perut rasa kenyang

    BalasPadam
  3. kalau lemak dah lama... lepas tu dicampur dengan lemak masa pregnant... macam mana nak mulakan senaman n apa diet yang sesuai? nak reduce kan lemak tu... senaman yang sesuai untuk beginner...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tingkatkan metabolisma utk bakar lemak. Senaman beginner ada byk. Paling mudah, running dan angkat berat Banyak tunjuk ajar ada di instagram. Detox terlebih dahulu melalui minuman dan makanan.

      Padam
  4. Senaman yang sesuai untuk wanita berkerjaya la khususnya untk dipraktik kan kat rumah...

    BalasPadam
  5. Oh lazz rupanya petua dia...baru tau hahahaha...okey nak boroi yang berisi la...tambah umat kena minum lazz hehe

    BalasPadam
  6. wah,,,bgus support each other bab pemakanan sihat ni

    BalasPadam
  7. Lazz ni kalau minum memang mengenyangkan.

    BalasPadam