Cuti Cuti Malaysia - Dekat Jer di Avillion Admiral Cove Port Dickson.

Mula mula aku fikir gak camana nak bercuti pada hari biasa. Kenapa hari biasa ? Sebab hujung minggu payah nak dapat murah wooo .. dan selalu full house ! Pastu ramai.  Tak syok cuti ramai ramai , kan ..kan ? 

Maka sebab itulah aku pilih hari Khamis hingga Sabtu. Dan lokasinya dekat je ngan aku gak.. cuma dalam 47 km je pun. Heee... Tapi masalah utama aku ialah... wife tak dapat cuti lak pada hari Khamis. Camana tu ? Huhuh.. Nak cancel , tak leh.. sayang lak. Perancangan rapi dibuat... 

Awal pagi , selepas Subuh. Dari Sepang , aku ke Cheras terlebih dahulu. Aku tinggalkan sekejap Zahra dan Aariz bersama mak aku. Kemudian , aku ke Putrajaya untuk hantar wife. Dia kerja , kan ? Haa.. Pastu aku ke Sepang... amik pakaian dan ke Port Dickson ! Sampai di Port Dickson , jam 10 pagi. Check in dan rehat jap.... Er , tak la rehat sebab kena buat kerja kerja media sosial lak. Huhuh.. Sana sini call masuk .. Whatsapp ! Segalanya hal kerja. 


Tau tau dah jam 12 tengahari. Aku ada temujanji dengan staff hotel. Nak tour hotel. Huhuhu.. Best ! Sehingga jam 3 petang. Beraktiviti jap. Memang best kalau buat team building kat sini. Menyeronokkan. Samada darat atau air , memang puashati punya.


Pastu aku naik bilik dan solat. Selesai , sambung semula tugas penting aku. Aku kena gi Cheras dan amik anak anak. Dalam perjalanan , dengan mengantuk yang teramat sangat walaupun perjalanan cuma dalam 90 km jer ! Terpaksa berhenti dan cari air tenaga. Beli Monster dan keropok. Terus segar ! 

Sampai Cheras jam 4 petang. Tunggu Asar , pastu gi amik wife di Putrajaya. Sampai Putrajaya jam 530 petang. Fuh.. penat. Kaki kebas woo... Set Waze ke Avillion Admiral Cove dari Putrajaya. Dalam 110 km jer. Sampai sebelum jam 7 petang. Jalan clear. Alhamdulillah.. Dipermudahkan.

Dan sampai je hotel terus naik bilik. Mandi dan bersiap untuk turun dinner. Huhuh... Tiba-tiba aku rasa semacam jer... Mengigil badan. Tangan mengeletar. Rasa cam nak pengsan. Aku cepat cepat suruh wife buat maggie segera dan mintak biskut. Aku tersangat lapar ! Kurang gula ? 

Dapat makanan.. gelojoh jer makan. Pastu baru terasa lega. Huhuhuh.. Pastu baru turun makan malam. Hehehehe.... Selesai makan malam , naik bilik... terlena terus ! Huhuhuh... Syookkk ! Baru rasa hilang tekanan kerja...buat sementara waktu ! 

9 ulasan:

  1. Nampak betul2 ben sayang family...berulang alik dengan jarak yg sgt jauh tu...cayalah! Sampai gigil tak makan...jaga diri ben...semoga usaha ben ni nanti anak2 nampak jadi contoh buat mereka nanti...pengorbanan seorang ayah kdg2 bila kita lihat setanding dengan sayang seorang ibu.

    BalasPadam
  2. fuh ulang alik.. slmt bcuti

    BalasPadam
  3. best tu dapat bercuti kat PD. dapat main pantai

    BalasPadam
  4. terbaek.. selamat bercuti :)

    BalasPadam
  5. bestnya dapat naik ATV tu yerr.. kite nak naik,tapi suami pulak takot.Huhhh.. bila lah dapat naik tu

    BalasPadam
  6. Selamat bercuti Abg Ben.. update la percutian.. mesti best

    BalasPadam
  7. Menarik Avillion ni, nak pergi jugaklah nanti.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.