Emas Adalah Aset Simpanan Mudah Dimiliki. Betul ke ?

by - Sabtu, Julai 14, 2018


Setiap hari aku ternampak kawan aku di Facebook ni post pasal EMAS. Yer , aku tak nafikan emas adalah pelaburan berbaloi. Tapi disebabkan terlalu banyak penipuan melibatkan emas ni. Jadi langkah selamat , aku belikan je barang kemas untuk isteri aku. Senang citer , kan ? 

Tapi... takkan la nak beli beribu ribu setiap bulan kan ? Aku nak simpan sikit sikit... Dan aku mesej kawan aku ni kat Facebook. Dan dia bagi artikal dia. Senang citer la gitu. Aku baca jer dulu. Sebarang soalan, boleh je tanya kat dia. Huhuhuh... 

Korang boleh hadamkan sekali dengan aku.. Hee..



" Setiap orang ada impian untuk berjaya dan memiliki aset di usia muda termasuk aku. Aku mula sedar kepentingan untuk memiliki aset pada usia 25 tahun. Antara impian aku adalah untuk memiliki rumah sebelum usia 30 tahun tapi impian itu tak tercapai kerana aku perlu komitmen yang tinggi untuk dapat itu. Kemudian aku mula beralih kepada emas.

Tahun 2016 adalah tahun ‘keramat’ aku mula membeli dan menjadikan emas sebagai simpanan setelah dua bulan aku 'survey'. Takut juga nak untung secupak tapi rugi segantang nanti. Mulanya rasa khuatir kerana sebelum itu emas merupakan topik perbincangaan yang sangat hangat di TV, Radio, Majalah, Surat Khabar dan lain-lain media iaitu penipuan dalam pelaburan emas. Nak tahu berapa aku mula simpan emas?

Emas pertama aku beli ialah pada 18 Jun 2016 dengan harga RM183/gram. Aku beli 1 gram sahaja untuk permulaan dan jika ada penipuan aku cuma rugi RM183 sahaja. Pada bulan September atau Oktober baru aku mula beli tambah lagi 1gram. Dan pada waktu itu aku mula percaya kepada syarikat simpanan emas ini. Aku mula pergi seminar yang dianjurkan dan korang tahu siapa penceramah? Penulis buku Zero Hutang Wei yang bagi ceramah pasal emas ni. Lagi bertambah yakin dan percaya aku kepada syarikat ni.

Aku sangat baru dalam simpanan emas jadi aku bermula setapak demi setapak dengan menjadi seorang penyimpan emas yang bijak.  Biar lah aku merangkak tetapi sampai destinasi adalah lebih baik dari berlari tetapi putus ditengah jalan. Dalam hati hanya ada satu niat iaitu nak jadikan emas sebagai simpanan untuk kegunaan di hari mendatang. Kemudian aku belajar dan belajar dari Sifu-sifu dan Mentor-mentor yang sangat mahir dengan ilmu emas ni. Itulah titik permulaan, perubahan dan keyakinan tentang simpanan emas ni.  Semakin banyak yang aku pelajari, rupa-rupanya banyak lagi rahsia emas  yang aku tak tahu.

Bermula tahun 2017 nak tahu apa aku buat? Apa aku buat ialah aku mula simpan, simpan dan simpan, samalah macam orang simpan duit dalam bank.  Cuma aku tukarkan duit aku itu kepada  emas. Ok tak? 

Bila dah ada Ilmu baru aku tahu, nak dapat keuntungan dalam simpanan emas ialah menyimpan secara  konsisten setiap bulan. Alhamdulillah, dengan menjadikan emas sebagai simpanan, aku mula mendalami ilmu kewangan. Aku asingkan pendapatan bulanan aku kepada simpanan emas, ASB dan Tabung Haji. Kenapa aku simpan dalam di ASB dan Tabung Haji selain emas? Sebabnya di sini aku susah nak ambil duit. Aku ni malas beratur dan tunggu lama. So, selamat lah duit-duit aku tu. Lagi satu dalam hati aku malu, nanti tengah tunggu giliran orang tanya, “ Nak simpan duit ke?” lepas tu dia tambah lagi ayat, “ Bagus nya muda-muda lagi dah simpan duit.” Hah.. tertunduk aku nanti. Hehehe


Kenapa aku pilih emas ? 

1. Emas kalis Inflasi
2. Emas dapat elakkan kebocoran duit
3. Emas tak jadikan kita miskin tapi kekalkan kekayaan kita
4. Emas mudah dicairkan.
5. Emas boleh digunakan di semua tempat

** Kepada korang yang ingin berjaya dan mendapat keuntungan dalam simpanan emas.  Tiga langkah perlu korang lakukan segera kalau nak ikut iaitu :

1. Banyakkan baca buku tentang Pelaburan Emas
2. Belajar dari Mentor-mentor yang terbukti berjaya
3. Ambil tindakan dan mulakan sekarang !

Sehingga hari ini pun saya masih lagi belajar mengenai emas ini. Pesanan aku kepada korang yang berminat dengan simpanan emas dan nak mulakan ‘Simpan Emas’.  Jangan tunggu lama-lama. Nasihat aku “MULAKAN SEKARANG“. 

Emas yang aku simpan ini adalah emas fizikal 999 dengan membuka akaun GAP Public Gold. Kenapa Public Gold ? Sebabnya ada 10 kelebihan utama emas Public Gold sebagaimana saya terangkan dalam artikel “10 Kelebihan Utama Emas Public Gold”. Tapi secara ringkasnya;

1. Harganya lebih rendah dalam RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas
2. Susut nilainya antara terendah di pasaran – cepat untung
3. Stok tiada had – nak beli berapa banyak pun boleh
4. Banyak cawangan di seluruh Malaysia – senang urusan jual beli
5. Jaminan beli balik walaupun calar, kemek atau bengkok – lebih peace of mind
6. Diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia – senang pajak untuk dapatkan pinjaman
7. Sistem booking harga 24 jam sehari – senang dapatkan harga terbaik
8. Keupayaan beli balik dalam jumlah yang besar
9. Emas yang disertakan sijil pengesahan tulen oleh badan bebas
10. Tiada yuran keahlian.




Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal simpanan emas ni, korang boleh Klik link ini untuk terus WhatsApp jika anda serious untuk mulakan simpanan emas http://emasgap.wasap.my/ . (0134040045 - Izwan)

InsyaAllah, aku sedia membantu. Dan yang paling penting, korang boleh mula simpan emas dengan serendah RM100 (0.5gram) atau dengan 1gram ikut harga pasaran semasa. ". -  Mohammad Izwan Bin Isa (PG00073679)

Nah... korang dah baca kan ? Info lanjut ada di www.publicgold.com.my. Apa pendapat korang ? Nak simpan sikit sikit atau beli barang kemas terus lebih berbaloi ? Heheheh.. Apa apa pun , korang boleh check atau google kesahihan mengenai Public Gold ni.  Dan rujuk nama  Mohammad Izwan Bin Isa (PG00073679) sebagai introducer / dealer sah mereka..

You May Also Like

16 comments

  1. dah lama sangat ni tak beli emas ....InsyaAllah nak mulakan balik .....memang tak rugi simpan emas ...dan jgn lupa zakat bila dah banyak

    BalasPadam
  2. InshaaAllah akan mulakan mengumpul... Sbb dulu fikir sbb tak pakai emas so mcm tak hairan sgt nk numpul

    BalasPadam
  3. Buka akaun GAP antara solusi mula menyimpan tanpa safe box dirumah.

    BalasPadam
  4. Selalu beli 1g je... Tu je mampu dulu.. hehehe...

    BalasPadam
  5. Urmm pernah terkena ngan geneva gold .. terus takut dah labur emas

    BalasPadam
  6. Lama dah x beli emas.. Kena start simpan balik ni

    BalasPadam
  7. GAP Public Gold memang berbaloi..bila disiplin menyimpan..Insya Allah..

    BalasPadam
  8. Bagus gak beli emas utk savings & investment kan

    BalasPadam
  9. ida pun mula beli emas utk simpanan anak2

    BalasPadam
  10. Pernah sebelum ni kawan husband ajak join emas2 ni tapi macam was2..huhu...

    BalasPadam
  11. Macam tau2 je kite tengah cari info pasal simpanan emas..tq En Ben 👍👍

    BalasPadam
  12. Dulu masa bujang sebulan 1dinar... sbb x suka brg kemas tu yg beli dinar je.. dah kahwin tak dapat laaa.. tp dah start trade jd brg kemas dah dan ada yg jual balik...

    BalasPadam
  13. I ada juga beli sidikit sebanyak maybank gold...

    BalasPadam
  14. Okay kumpul duit beli emas pulak ..

    BalasPadam
  15. Dah lama tak barang kemas, nampaknya kena kumpul duit beli semula ni sebab tertarik jugak dengan pelaburan emas ni.

    BalasPadam