Memilih pengasuh anak yang betul.

by - Isnin, Julai 30, 2018

Banyak kes yang kita baca di surat khabar. Ada yang tak keluar surat khabar jugak. Hurm.. Adalah satu perkara yang cukup penting bila meletakkan anak anak kecil kita di rumah pengasuh. Carilah yang betul betul ikhlas dan sudi jaga anak kita. Bab duit , janganlah berkira. Jika tak mampu nak bayar , cari alternatif lain untuk pastikan mampu bayar. Jika mintak kurang, risau risau si pengasuh acuh tak acuh jer jaga anak kita. 

Antara sebab aku nak jaga sediri 3 orang anak aku ni , aku tak percaya pada pengasuh yang ada sekarang. Maaf cakap la yer.. Walaupun ada yang ikhlas dan bagus , jumlahnya boleh dikira. Kalau nak cari pengasuh , pastikan kita cukup kenal dengannya. Latar belakangnya perlu diteliti. Mulut becoknya kena tau gak camana 'rupanya'. Kelak anak membesar di dalam rumah dengan keadaan yang cukup stress. 

Aku bukanlah nak kata kalau mak bapak sendiri jaga tu bagus dah. Tak de la gitu. Aku sendiri pun tak bagi muka kat anak anak aku. Garang tetap garang. Tapi tau la bila nak memujuk balik. Terpaksa garang atau jadi lembik di sekolah sebenar nanti !


Besar nanti diorang , akan terkenang segala apa yang berlaku pada mereka. Jangan ingat mereka lupa. Mereka ingat ! Apa yang kita beri pada mereka , itulah yang dibalas nanti. Maka jangan peliklah bila kita nanti , diletakkan di rumah orang tua tua jer atau mereka akan senantiasa beri alasan sibuk bekerja bila diminta pulang ke kampung... 

You May Also Like

3 comments