Menjemur baju bukanlah satu tugas mudah bagi suami !

Setiap pagi.. sebelum wife ke pejabat , dia akan basuh semua pakaian kotor terlebih dahulu. Dia tak suka simpan berhari hari. Setiap hari dia membasuh...guna mesin basuh ! Dan sebelum keluar , dia akan letakkan semua pakaian tu di depan pintu. Tugas aku pulak selepas tu !

Disebabkan bulan ni kalut dengan Fifa World Cup , maka pastinya tidur aku lewat dan tak cukup. Lepas subuh dan siapkan Qhaliff , aku akan lelapkan mata dalam setengah jam atau lebih. Hehehe.. Bukan selalu kecuali bila badan terlalu penat seperti semalam , malam tu aku ke gym dan workout agak lama sedikit. Penat woo...

Banyak pulak alasan eh diceritakan ! Hahahaha.. Ok ok.. nak jemur pakaian. Jujur aku cerita... aku malas bab ni sebab kena banyak kali tunduk. Sakit pinggang woooo... hahahaha... Tapi kemalasan tu akhirnya aku kena kuburkan. Yelah , kesian kat wife gak. Pagi pagi kalut nak ke pejabat. Asyik merah je kehadiran dia. Dah la kena hantar amik Qhaliff...kan ? Aku kena berhati perut la gak. Bukan susah pun 'kerjaya' menjemur ni. Mau kena sabar jer. Skill tak diperlukan sama sekali.

Jumlah 'bakul' turut memainkan peranan. Hahahaha.. Jika lebih dari satu , pastinya mengundang keluhan. Hahahaha.. Abam segan nak lama lama kat luar tu. Anak dara lalu lalang... aumm...




Ku gigihkan jua. Petang atau lepas workout , kena kutip baju lak. Bab lipat , aku serah kat si dia. Hahahaha.. Aku malas nak lipat. Kalau aku lipat , aku risau ngan bini bini kena lipat. Kang dapat Aariz awal dapat adik lak.. Eh... lari tajuk. 

Aku bukan malas tapi skill melipat baju aku tak mahir. Dan tak nak mahirkan. Hahahaha.. Kalau tak , semua nanti dalam umah aku uruskan. Bahaya ! Anak dara suka lelaki pandai urus rumah...zaman ni. kan ? Hahahaa... Tu belum Nenda yang tengok.. haaaaa... bahaya kan ?

6 ulasan:

  1. ehehehe.. betul tu. memang sakit pinggang asyik tunduk.Twrbaiklah aben..rajin.Memang patut ada ciri ni pada semua suami di luar sana.

    BalasPadam
  2. ahhhhhhhh.. smua kena buat lah. hahahha

    BalasPadam
  3. Bab jemur dan lipat kain tu memang selalu malas, nasiblah husband banyak tolong.

    BalasPadam
  4. A few option:

    1) Beli je dryer, lepas basuh kain masukkan dalam dryer, terus kering. Keburukan, kain renyuk & bil letrik melambung.

    2) Kalau pakai hanger, sidai baju siap2 kat hanger dalam rumah, so keluar cuma untuk sangkut2 je hanger kat ampai. Boleh lah kurangkan malu anak dara tengok.

    3) Letak bakul tu atas kerusi, so tak lah bongkok2 ambil baju.

    BalasPadam
  5. Anggap ja lah menyidai baju tu umpama workout flexibiliy bahagian pinggang dan lengan haha.. :D

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.