Sakit otot ? Letih ? Stress ? Nak urutan sukan dari mereka yang profesional tapi murah ?

by - Isnin, Julai 30, 2018

Hehehee... kali kedua aku ke sini ! Kali pertama ari tu , sebab lutut aku. Memang ketika tu , nak lipatkan kaki pun tak boleh. Kena pakai knee guard untuk bergerak. Alhamdulillah, sekali je urut ari tu , ada perubahan. Bukanlah 100% pulih seperti baru dilahirkan tapi ada la perubahan. Kena rajin urut la disamping rehat yang secukupnya.

Kali ni aku ke sini masih fokuskan lutut aku. Tapi lebih pada urat dibelakang pelipat disamping membetulkan otot otot badan aku yang dah keletihan. Oh ya.. aku bawak wife sekali. Dia yang sering mengadu kat aku sakit badan dan stress , aku memang cadangkan dia cuba urutan sukan Pro M ni. 

Nak ke sini tak susah pun. Waze jer. Terletak di Bandar Tasik Selatan , Cheras jer pun. Aku syorkan ke sini malam la. Siang pun ok tapi malam mudah nak parking. Siang , hari bekerja kena parking di tempat parking yang disediakan. 

Nah.. search jer seperti di dalam gambar bawah ni. Bukan susah pun kan ? Hahahaa.. Perlu korang tau yang mereka ni bukanlah amatur tau. Diorang ni banyak ikut team team sukan seperti berbasikal atau marathon. Nak tau , kena follow instagram mereka , PRO M.



Macam aku kelmarin , aku amik urutan belah malam. Boleh parking depan premis diorang jer. Tak perlu nak jalan kaki sangat. Cari je kedai motor ni. Pro M terletak di tingkat 4. Masuk di laluan lif tu. Nampak la signage Pro M. 


Sesi isi borang dan soal jawab sekejap. Heee..


Macam aku ari tu, aku amik pakej seluruh badan. Wife pun gitu. Satu jam. Puashati kauu ! Diaorang pandai cari tempat tempat yang kita stress atau kita bagitau jer kat mana kita nak diorang tumpu. Fuh , sejam yang berbaloi. Boleh dikatakan selepas urut tu , akan terasa la sakit jap tapi esoknya.. bila bangun tidur , perghhh.. Segar bugar. Terus sambung gi gym gitu ! 


 Nah , korang ada masalah di mana ? Boleh cuba andai tergolong dalam masalah seperti di dalam gambar.

Yeeeeay ! Boleh lentik balik ! Sakit pinggang dah dilegakan. Hahahaa.. Sebulan atau dua bulan sekali boleh datang kasi 'repair' balik otot otot akibat workout di gym.. hehehee... 

Sebarang pertanyaan , boleh je whatsapp diorang terus.. +6012-3992109.


You May Also Like

7 comments

  1. fuyoooo...best juga sekali sekala dapat release segala urat2 yang tegang...hihihi

    BalasPadam
  2. macam best je tempat ni.. boleh la ditry lepas ni

    BalasPadam
  3. Untuk kanak² boleh tak? Anak yang 6 tahun selalu mengadu sakit lutut, dah scan dan jumpa doktor tapi katanya takde masalah apa². Tapi dia main penat sangat selalu sakit.

    BalasPadam
  4. nak suruh husband ke sini la..di angadu sakit2 badan

    BalasPadam