Zahra nak kuat , cam daddy !

Lepas Maghrib , aku akan keluar ke gym. Workout dalam 2 jam gitu baru aku balik rumah. Tujuan aku , lebih pada kesihatan dan lepaskan segala penat dan stress di gym. Minggu lepas aku tak ke gym, terasa 'panas' semacam. Asyik nak angin jer ! Alhamdulillah , bila aku dah penat kat gym.. nak marah pun cam 'tak sampai' jer. Heee.. Dan satu lagi , nafsu makan. Kalau tak gi gym , fuh.... dasat giler la ! Takut tengok selera aku. Wife pun leh geleng kepala wooo..

Di gym , memang aku akan fokus abis abisan. Masuk dah mahal wooo.. RM10 sekali masuk. Kalau di Cheras , RM5 jer ! Tapi nak ulang alik Cheras , letih gak nak oii ! Kos petrol dan tol lagi. Kena bangun awal lagi.. terlalu awal kena bangun. Pastu nak drive dalam keadaan mengantuk lagi. Ok tak alasan aku nak gi gym tu ? Hahahaha.. 

Dan setiap kali di gym..Aku pastikan aku bawa Deep Heat Lotion yang aku beli dari Cosmoderm. Hanyak dijual secara online jer. Kenapa aku bawak ? Sebabnya aku akan tau.. bila aku angkat berat , pinggang dan bahu akan terasa sengal. Pastu aku perlu bersedia jika aku fokus pada bahagian belakang dan leher ! 

Jika tak betul cara aku... belikat akan sakit dan seterusnya leher akan terkesan. Maka terpaksa berjalan seperti robot ! Sakitnya , fuhh.. Memang tak leh citer la. Nak tidur pun payah. Bergerak apatah lagi. 



Maka gunanya Deep Heat Lotion tu ialah untuk melegakan kesakitan dan meregangkan otot otot yang tegang ! Aku akan sapu ketika terasa urat macam nak tergeliat gitu. atau selepas mandi ! Keringkan badan dan kemudian sapu di bahagian belakang , pinggang , bahu dan otot lengan. Kaki , peha dan betis pun akan aku sapu. 

Setakat ni , Alhamdulillah. Aku turut beri pada rakan sparring aku.. Bila dia mengadu sakit di bahagian pinggang, ketika workout. Aku pesan pada dia , sapu selepas mandi. InshaAllah , ok di pagi hari nanti. Dan dia buat. Alhamdulillah... dia bangun tidur dengan rasa selesa dan segar. Otot pun tak terasa kejang atau sakit seperti sebelum sebelum ni. Huhuh.. 

Dapatkan di www.cosmoderm.com.my. Sementara ada stok ! Cepat abis ni woo.

Bagus Deep Heat Lotion ni. Aku sapu juga kat perut. Ada yang cuba kata berkesan la untuk hilangkan seinci dua pinggang tu. Hahahaha.. Aku pakai sebab rasa selesa terutama bila bersenam fokus pada abs/perut.  Peluh tak hingat punya keluar ! Huhuh.. Puashati !

Dan setiap kali aku balik , Zahra pasti akan sambut aku. Kemudian mengayakan pada aku. Tunjuk otot lengan dia. 

" Strong ! Macam daddy. Ara makan egg tadi. ". Katanya. 

Ah, sudah ! Anak dara aku ni nak strong cam daddy. Yang si abang , tak nak lak. Nak hensem jer. Huhuh.. Jaga penampilan. Si adik , suruh makan nasi.. dia jawab apa tau ? 

" Ara tak nak nasi. Nanti gemuk. Nak egg jer. Strong ! ". Tanpa rasa bersalah dia kata gitu. Tapi bagus gak.. Aku tau fokus dia sekarang nak strong. Maka aku makan buah dan sayur depan dia. Tunjukkan kat dia, kalau nak strong , kena banyak makan sayur dan buah. Bukan egg jer ! Yer , dia ikut ! Huhuh... 

Jangan besar nanti , dia hanya usha abam abam sado sudah laa ! Huhuhu.. Oh ya , rajin rajin follow Facebook COSMODERM yer. Banyak promosi terkini yang berbaloi-baloi ! 

7 ulasan:

  1. auntie teach u ara.. tgk abam sado. hikhik

    BalasPadam
  2. Tauladan untuk Zahra....wow Zahra...

    BalasPadam
  3. kalau guna letak di kaki sblm main bola mesti best guna deep heat lotion ni.. comel zahra :)

    Jemput singgah entry terkini & jgn lupa tinggalkan jejak k ^_^
    1. 20% Discount La'Beyla di Shopee
    2. Firul Collections
    3. Indok Chanteq Kuching

    Harap sudi join segmen ejulz kalau belum join :)
    1. SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ


    BalasPadam
  4. pehh sado betulll badan abang ben..

    BalasPadam
  5. Bagus Ara, nak strong mcm daddy. Good girl hehe. Btw, Deep Heat Lotion tu mmg best

    BalasPadam
  6. bagus tunjukkan pemakanan yg baik utk anak2..wah hebat la zahra

    BalasPadam
  7. Lama dah nak beli Deep Heat Lotion ni, kadang kaki lenguh² kalau sapu mesti best.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.