Bersihkan tubuh badan.

by - Isnin, Ogos 13, 2018


Selain bersenam , berpuasa.. bagus sesekali dalam setahun kita detoxkan badan kita ni. Kenapa ? Nah... bila demam , makan ubat. Bila selsema , makan ubat. Nak kurus , makan ubat. Malah dalam makanan kita pun ada bahan bahan yang merbahaya wooo.. Atau yang kaki gym, mesti ada yang amik suppliment kan ?  Camana nak clearkan bahan bahan kimia atau toksin tu ? Kalau tak keluarkan , fuhhh... boleh rosak wooo buah pinggang kita sebab nak proses semua tu atau terbiar di dalam tubuh badan kita. Akhirnya jadi racun gituu..

Kalau korang rajin follow aku dari dulu pastinya tau yang aku kaki minum jus sayur dan buah. Cuma sejak GST diperkenalkan , aku mula kurang sebab harga sayuran organik dan buah-buahan terpilih , agak mahal. Sekali membeli je dekat RM200 ! Huhuhhu.. Akhirnya terkubur...

Baru-baru ni aku dapati badan aku lemah semacam. Sakit kepala menyerang kadang kala. Nafas menjadi berbau malah peluh pun masin jer. Entah camana.. aku teringatkan sebuah premis yang terletak di Giant Bandar Baru Nilai yang baru dibuka. Kat situ ada jual jus detox yang dibuat sendiri. Macam aku buat dulu dulu tu laaa... 

Aku pun beli dan minum. Fuhhhhh.. Pada hari pertama tu , memang sedap laa rasa air tu. Aku minum Beet root dan Ginger. Dalam tu ada lemon kalau tak silap aku. Apa yang berlaku ? Malam tu perut aku kembung. Nah... ni silap aku kot. Aku gi minum dua dua sekali gus ! Huhuh.. 

Selepas kembung... aku demam. Sakit kepala yang teramat sangat. 3 hari aku demam dan sakit kepala. Dan selepas tu, alhamdulillah. Aku ok dah. Dan sakit kepala semua hilang ! Wowww... Apakah itu tindak balas dari hasil detox ? Oh ya.. masa detox ni kena jaga gak la makan. Bukan lama pun. Sehari dua jer. 

Sekarang ni , bila minum air detox dari kedai tu.. dah takda rasa sakit kepala atau kembung perut ! Dah ok dah. Seminggu sekali kena minum. Aku amik hujung minggu jer. Kalau kedai tu jual pelbagai jenis lagi termasuk sayuran pasti kedai ni jadi kegilaan aku. Huhuhuh...

Detox ni penting yer. Samada korang berpuasa atau buat cam aku jer. Kornag pun tau kan... sekarang ni ramai dah bermasalah dengan buah pinggang. Kegagalan berfungsi menyebabkan mereka terpaksa buat dialisis atau ada yang meninggal dunia. Hurmm... 

You May Also Like

2 comments

  1. emmm..nak kena detoks juga ni.Nak cuba cara natural lah pulak. emm..

    BalasPadam
  2. Lama dah tak buat green juice ni, kena amalkan semula ni!

    BalasPadam