Kecik lagi untuk mereka 'bekerja' !

by - Khamis, Ogos 30, 2018

Hurm... Tujuan aku blog  dan media sosial adalah untuk 'bercerita mengenai kehidupan yang dilalui aku dan menyuarakan pendapat aku. Tapi bila aku dapat anak pertama, penceritaan aku di blog banyak berkisarkan anak anak. Dan ianya memberi impak pada aku dari sudut positif dan negatif juga. 

Beruntung anak anak aku ketika tu , tak boleh membaca. Jika boleh , pastinya mereka akan mintak aku memadam post post samada di Facebook atau juga di blog. Malu ? Mungkin. Dan aku ketika tu pun tak la pikir akan pro dan con. Segalanya adalah untuk dilogkan. 

Segalanya berubah bila satu hari tu , di satu shopping mall.. Ketika tu aku mencari barang dan Qhaliff aku bagi dia kebebasan berjalan. Tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. Wanita. Aku pandang cam.. Hurm.. sapa dia ni eh ? Aku kenal ke ??? Kemudian dia kata dia pembaca blog aku. Suka baca pasal Qhaliff katanya. Nasib baik dia ok. Bayangkan jika aku ni jenis menunjukkan harta dalam media sosial. Bahaya tak ? 

Sejak tu , aku kurangkan post mengenai anak anak terutama apa yang mereka buat setiap hari. Ada tu ada laaa tapi sekadar untuk dilogkan perangai mereka. Nanti mereka dan besar dan aku kembali membaca atau melihat gambar mereka pastinya akan membuatkan aku tersenyum.

Job untuk anak anak ? Hurm.. Atau dipanggil ke stesen tv atau majalah ? Teruja laa tapi lama kelamaan, kesian kat diorang. Diorang tak tau apa apa pun. Bila ke lokasi , kena ikut 'arahan'. Tak ikut , kena marah ngan kita lak. Haihhh... kesian diorang. Tu belum kena buat video atau review bersama mereka. Hurm... kena 'berlakon sweet sweet' gituuuu.. Sian diorang.. 


Sekarang ni aku tengok di media sosial terutamanya di Instagram.. hurm... aku tak nak komen apa apa. Diorang punya anak.  Aku takda hak nak nak kata apa apa cuma bagi aku yang dah melaluinya, sikit skit dah la. Bukan semua yang komen tu memuji atau mereka yang menontonnya tersenyum.  Biarlah mak bapak je cari duit untuk anak anak. Sesekali tu , ok la. Selalu sangat, kesian. Biarlah mereka bermain dan membesar sebagai kanak kanak normal. 

Nota : Teringat kisah seorang rakan bercerita pengalamannya ke Thailand. Bagaimana gajah 'diajar' untuk hiburkan orang ramai. 

You May Also Like

7 comments

  1. Bukan anak-anak sahaja...suami isteri...malahan keluarga pun bagi PC ada bahagiannya mesti diperibadikan daripada umum..sekarang semuanya mungkin.Terkadang tak terjangka dek akal.Doa moga Allah permudahkan urusan kita semua dan melibdungi kita juga.

    BalasPadam
  2. ehehehe..betul dah tu.Kesian jugak.Tapi macam ina sendiri,setiap kali dapat barangan review,anak sulong (umo 6 thn )yang rela hati nak unboxing.Kikikiki..

    BalasPadam
  3. Saya tulis kisah anak² kat blog sekadar simpan untuk kenangan je.

    BalasPadam
  4. kesian gak pada anak@ selebriti.. cth macam lara alana

    BalasPadam
  5. Good.. Nanti bila kita tiada dia akan baca apa kita kongsi and betapa sygnya kita padanya..

    bankami.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Sememangnya ada pro kontra nya.. Yg penting, berpada-pada dan kite berhati-hati..^_^

    BalasPadam