Punca pemandu bas Rapid dikatakan menggila di ibu kota.

by - Jumaat, Ogos 17, 2018

Masa aku tengok video ni tanpa mengetahui apa apa cerita sebenar , aku mampu gelengkan kepala jer. Selalu aku terbayang apa yang akan terjadi bila pemandu bas Rapid menggila seperti yang ditunjukkan di dalam video yang dah viral di media sosial. Nah , begitulah kesannya. Dengar kata hampir melibatkan 20 buah kereta juga dirempuhnya bermula dari Keramat AU hingga ke Ampang Point. Jauh tuuuu ! *Jumlah terkini dr sumber media cuma 7 buah jer. 

Puncanya.. ada 2 versi. Satu versi backup pemandu bas dan satu lagi dikatakan nak cari alasan untuk salahkan pemandu bas tu. Nah... mana satu yang betul ? Aku takda hak untuk tentukan. Tapi bila baca komen komen antaranya dari penumpang , pemandu bas tu main cucuk cucuk kenderaan di hadapannya.

Main cucuk cucuk ? Hurmm.. Aku selalu sangat kena weh ! Bukan cucuk jer malah ada yang main himpit masuk tanpa bagi signal ! Kita yang bawak kereta ni kena alert dan pandai baca hati pemandu bas bas besar ni terutama Rapid dan juga bas Ekspress mahupun bas pelancong ! Yer , bas pelancong sekarang pun ramai dah kurang ajar ! Bukan semua... tapi ada dan yang ada ni la yang merosakkan nama rakan mereka yang lain ! 










Hurm... Aku seru selepas ni , pihak berkenaan seperti JPJ kena la amik ramai lagi kakitangan pastu perbanyakkan rondaan di jalan jalan raya utama , highway untuk memantau keadaan dan amik tindakan terus. Bukan pada bas bas besar tapi juga pada kenderaan kenderaan yang melakukan kesalahan seperti cermin gelap , no plet tak ikut standard , memandu dengan bahaya dan pelbagai lagi. Ini termasuk juga pada motorsikal yer. 

Ni antara kejadian yang boleh berlaku jika penguatkuasaan lemah. 




You May Also Like

4 comments

  1. Tengok gak video orang yang kejar dia tu malam tadi.
    Kalau tak salah bak kata yang mengejar tu kenapa nak lari.
    Memang betullah dah macam main games GTA driver tu buat huhuhuu...

    BalasPadam
  2. Nseb semlm balik lepas kejadian da berlaku. Kalau masa kejadian tu berlaku, rsenya sme2 kena.

    BalasPadam
  3. Haihhh tak pasal² kereta lain jadi mangsa.

    BalasPadam