Wajarkah AES diteruskan setelah berjanji memansuhkan sebelum ini ?

by - Ahad, Ogos 19, 2018


Hurm... Kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Harapan telah melupuskan semua saman AES sebelum ini dikatakan bernilai ratusan jutaan ringgit. Terima kasih aku ucapkan. Aku ada saman AES yang mana aku 'disaman' di lokasi yang mengarut ! Yer, kebanyakkan mereka yang marah pasal AES ini kerana lokasi pemasangannya. Jika disaman dek polis trafik , aku bayar terus ! Sebab pak polisi 'menembak' memang pada kenderaan yang laju ! Mereka dah bertimbangrasa pun tapi pemandu je tak ambik kisah dengan memandu melebihi had laju .. yang sangat laju ! 

Jika AES 2.0 ini lebih baik berbanding sebelum ini , aku rasa ia patut diteruskan. Penambahbaikan wajar menitikberatkan beberapa perkara seperti lokasi , pertimbangan saman sebelum dikeluarkan seperti melebih had laju yang tidak disengajakan oleh pemandu seperti di bila mana memandu di kawasan lengang tapi had laju cuma 80kmj. Yer, aku kena di Putrajaya wooo ! Giler kau... kereta boleh kira dengan jari tapi kena bawak perlahan sangat dan tiada amaran mengenainya. Tau tau surat sampai ! Sakitnya hati ! 

Dan saman ikutlah jenis kenderaan. Kalau kereta mewah tu , kasi je semaksimun yang boleh. Setakat RM300 , celah gigi jer. Diorang ni yang kebanyakkannya memandu dengan laju pastu mencucuk dari belakang. Dah tak pasal pasal semua kena laju melebihi had ! Nahhhhh.. 

Akhir sekali.. jangan sekadar attack pada kelajuan... tinted , bermain telefon pintar sambil memandu, tak pakai tali pinggang keledar , ubah suai kenderaan juga patut diperketatkan lagi. Jangan buat ikut musim. 

Oh ya... tuuuu... lori lori bawak muatan tuu. Pasir batu senantiasa jatuh atas jalan raya dan kemudiannya mengenai kenderaan lain. Satu lagi punca punca kemalangan. 

You May Also Like

4 comments

  1. mna yg tak menyusahkan rakyat tu lbh bagus

    BalasPadam
  2. jika sesuatu yang tak meyusahkan rakyat itu yang terbaik

    BalasPadam
  3. Setuju sangat bab lokasi pemasangan AES tu

    BalasPadam
  4. Moga lepas JPJ dah amik alih akan lebih baik.

    BalasPadam