Warga Jepun 'ajar' rakyat Malaysia cara jaga kebersihan.

by - Rabu, Ogos 22, 2018

Teringat satu kejadian di depan mata aku ketika berada di Fukushima , tahun lepas. Ada seorang lelaki berpakaian kemas , bertali leher berjalan di satu lorong tiba tiba menghentikan langkahnya dan kemudian mengutip sampah di depan dia. Sampah tu di pegangnya sehingga berjumpa tong sampah ! Wowww... Terkesima aku. Satu contoh yang baik ditunjukkan. Patutlah Tun Mahathir puji sungguh Jepun. 

Semalam , ternampak satu posting di Facebook. Aku geleng kepala. Inilah sikap rakyat Malaysia. Merdeka dah berpuluh tahun. Belajar dari sampai cucur atap.  Tapi perangai masih tak berubah. Sikap pentingkan diri sendiri masih kuat. Memalukan sungguh. 

Nah... sekarang kita sedang bercuti raya. Ada yang pergi cuti walaupun dekat jer. Tolong jaga kebersihan laa.. Jangan ingat tu bukan rumah kita maka kita tak perlu nak jaga. Atau kita dah bayar , maka biarlah kakitangan tempat tu yang bersihkan. Tunjuk skit contoh pada anak anak atau mereka yang ada di depan mata kita yang kita ni pembersih orangnya. Paling tidak pun jagalah kebersihan sebab ianya dituntut oleh agama. Tak kira apa agama sekali pun... menjaga kebersihan adalah sebahagian dari tuntutan agama , kan ? 

Sama sama la kita jaga bumi kita ni. Jangan tunggu dah hilang baru sibuk nak gi planet lain lak untuk mencari tempat bersih untuk diinap.

You May Also Like

1 comments

  1. Betul, kita patut contohi rakyat Jepun. Baru Malaysia ni tak kaya dengan sampah merata².

    BalasPadam