Aku tak boleh lagi memandu malam !

Memandu malam, bukan lagi pilihan aku. Kenapa ? Selain dari risaukan kenderaan lain terutama yang bertinted gelap sangat tu , aku risaukan kenderaan yang menggunakan lampu putih atau HID. Dah banyak kali aku sakit kepala dek kerana terkena silauan lampu lampu jenis ni. Dia punya sakit memang boleh bikin aku hilang mood terus malam tu. Nak tidur pun payah. Masih terkesan walaupun tutup mata. 

Mula mula aku cerita akan masalah cermin gelap / tinted ni pada aku terutama pada waktu malam eh.. Aku memandu sememangnya aku akan jarakkan kereta. Aku takkan follow rapat punya sebab aku tau keupayaan kereta aku bila membrek dalam keadaan terkejut. Maka aku jarakkan kereta aku. Dan bila memandu , aku akan pastikan segala kemungkinan yang datang. Dari belakang , kiri , kanan dan depan.Kiri kanan ni termasukan titik buta. Bahaya kalau tak perasan part ni. 

Nahh.. bahagian depan. Pentingnya kenderaan di hadapan aku bercermin cerah sebab aku boleh nampak apa yang ada di hadapan dia. Aku bukan sekadar boleh buat jangkaan malah boleh bersedia untuk berhenti mengejut kerana sudah bersedia. Aku rasa korang mesti paham kan maksud aku ? Kalau main highway je ok la kot tapi kalau main cam jalan Pantai Timur ni... hurm... pentingnya penglihatan yang terang dan cerah bila memandu malam atau siang sekali pun ! 


Kedua , lampu putih atau HID.  Aduhhhh. Perlu tahu semakin ramai rakyat Malaysia mempunyai masalah dengan mata. Kekerapan mengadap laptop , telefon pintar adalah penyumbang utama kepada masalah ini dan statistik menunjukkan kanak kanak semakin ramai mengalaminya. Kecik kecik dah bermasalah dengan mata bayangkan bila dah remaja dan dewasa.. pastu memandu kereta ! Nahh.. jadi macam aku laaa ! 

Bila memandu waktu malam , bila ada kereta terbagi lampu tinggi dan kena kat mata aku , memang akan melompat laa aku. Permandangan jadi kelabu buat beberapa saat dan ini merbahaya untuk aku. Itu baru lampu tinggi yan mana lampu berwarna kuning. Jika putih atau HID ? Haihhhhh... aku kena berhenti tepi untuk legakan mata aku sebentar. 


Ini bukan masalah baru. Kalau dibuat carian , masalah ni dah lama diutarakan tapi dimanakah tindakannya ? Kejap boleh , kejap tidak ! Nak tunggu ada anak menteri kena baru nak amik tindakankah ??? 

Aku berharap kerajaan terutama JPJ perlu bertindak lebih tegas lagi menangani masalah ni. Bukan saja kelajuan saja boleh membunuh !  Mau paham jugak yer.. 


4 ulasan:

  1. Saya selaku seorang yang ada rabun silau pun memang sakit hati! Dahlah selalu travel KL Klantan

    BalasPadam
  2. suami sllu mrh kalau ada org psang lampu tinggi..

    BalasPadam
  3. Haaa ni pun masalah saya, terutama waktu pagi jam 6.15 masa memandu ke pejabat. Uishhh memang berpinar mata!

    BalasPadam
  4. Bagi single female driver, cermin gelap ini penting bagi menjamin keselamatan mereka. Lebih-lebih lagi bagi pemandu wanita yang membawa anak-anak kecil. Selain itu, cermin gelap juga penting bagi mengelakkan penjenayah tahu di manakah kita meletakkan barangan berharga seperti beg dan laptop sekiranya kita parkir kereta kita di tempat tertentu.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.