Bila kita permudahkan urusan orang..

by - Rabu, September 26, 2018

Tak update seharian aku semalam. Agak sibuk dengan urusan dunia.. Huhuhuh. Ok , ceritanya gini. Semalam aku ke Cheras. Ada kerja melibatkan rakaman untuk rancangan di tv . Nanti aku cerita di entri lain lak. Sebelum tu , aku gi gym. Aku suka gi gym ni sebenarnya tapi yang aku tak suka ialah nak parking kena bayar dan ruangan parking memang terhad sebab selepas jam 9 pagi , jangan mimpi nak dapat dah parking. Maka aku kena pergi awal awal lagi. 

Jam 8 pagi.. aku dah menarik besi kat gym. Kalau bertukang , aku rasa aku dah boleh siapkan sebuah rumah banglo woo !  Hahaha.. Tak pe la. Minat punya pasal kan ? Tu lebih baik dari aku tidur dan melantak je kat rumah.. kan kan ?


Dan menariknya , di gym ni .. setiap kali aku datang sebelah pagi.. ada la satu insan ni. Dia ni OKU. Tapi yang bagusnya ialah dia layan besi wooo ! Dia pun sibuk gak mengangkat besi. Yang pasti dia bukanlah bekerja di situ. Tapi kerajinan dia tu mengagumkan aku. Kaki dan tangan kanannya yang kurang sempurna tapi dia tetap gunakan. Aku rasa dia nak kuatkan otot dia kot. 

Sedang aku layan satu mesin ni , dia pun datang dan nak guna salah satunya. Dia mintak tolong aku tukar alatan mesin tu. Aku pun tukarlah. Rupanya dia pun bermasalah dengan tutur kata. Nasib baik masih boleh faham. 

Kemudian dia gi main mesin Smith. Sekali lagi dia mintak tolong aku turunkan plate plate yang berat tu. Aku senyum je. Terus turunkan. Selepas puas aku workout , aku pun gerak balik la. Kebetulan dia ada kat pintu keluar. Dia tegur aku.. 

" Nak balik dah , bang ? ". Katanya. 

Aku angguk dan senyum. Dia suakan tangan kanannya dibantu tangan kiri. Aku bersalaman . Dia ucapkan terima kasih. Terharu aku. Itulah yang aku suka gi gym sebenarnya. Di gym ni , ko senyum je sekali dan terus akan jadi kawan. Tak kira la apa bangsa sekali pun.. Sebab tau , ko ke gym atas minat yang sama ! 

Selepas tu aku ke satu cafe. Ada meeting. Yang aku perasan la kan.. Selepas tu , segala urusan aku sangat mudah. Tak sukar pun. Di tempat rakaman rancangan tu pun , aku kena buat 3 video dan segalanya lancar. Tak perlu ulang berkali kali. Dan bila masuk waktu solat pun , aku sempat ke masjid dan nak parking kereta pun mudah. Alhamduillah... Sehinggalah aku balik ke rumah.. segalanya dipermudahkan oleh Allah. 

Alhamdulillah...

You May Also Like

4 comments

  1. masyaALLAh mudahnya menjemput rezeki kan. hanya senyum dan menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, Allah bg rezeki urursan dipermudahkan ;)

    BalasPadam
  2. semoga urusan cik sakura juga dipermudahkan untuk dunia dan akhirat..

    BalasPadam
  3. Nikmat membantu orang dibalas dengan nikmat jugak, alhamdulillah!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah .. Bila kita permudahkan utk irg lain insyaallah Allah permudahkan segalanya untuk kita .

    BalasPadam