Bunga Sakura Malaysia di merata tempat menarik perhatian !

Katanya jika berbunga dengan lebatnya , tanda nak masuk musim hujan. Yeke ? Tapi yang pasti tiba tiba terasa macam di Korea atau Jepun lak eh ? Hahahaa.. Sememangnya menarik perhatian mereka yang gemarkan keindahan alam semulajadi. Ada juga yang tak amik kisah. Hahahaha.. Yang pastinya mereka yang gemar bergambar , ini masanya. 

Yer... aku salah seorang dari mereka itu ! Hahahaa.. Cuma tak berkesempatan lagi untuk turun bergambar. Ni kat Presint 8... dekat tempat tadika anak aku. Huhuh.. Nasib baik ada anak dalam kereta. Kalau takkkkk.. mau abis aku bergambar ! 


Ada banyak lagi di Putrajaya. Di Facebook Perbadanan Putrajaya juga ada post mengenai bunga Sakura Malaysia ni.





Dan bukan di Putrajaya saja yer.. Serata Malaysia. Oh ya , buat pengetahuan korang.. nama bunga ni ialah Tecoma atau dikenali sebagai Sakura Malaysia. Hehehehe. Aku check di Facebook.. ramai post gambar bunga ni.. Teruja semua... Subhanallah. Cantik cantik.. Facebook Jabatan Kemajua Pertanian Muda Kedah dan Habibah Jalal. Pinjam gambar yer.. Hee.. Tapi tahun lepas punya la. Maknanya , Malaysia ni memang ada musim bunganya sendiri dah sekarang. Kan kan ? 




Nampaknya pasni boleh la tanam banyak banyak pokok ni kan ? Cantik wooo.. Kalau ada musim luruh kat Malaysia, camana lak eh. Mesti tak payah nak gi luar negara dah kan ? Huhuhu... Bagi mereka yang takda bajet nak bercuti jauh, meh ke Putrajaya. Bawak kamera. Pastu boleh gi mandi manda di kolam percuma. Hehehhe.. 


9 ulasan:

  1. Adui cantiknya tu Bro ..terasa nak pergi bergambar ..seol;ah di luar negara hehehe menarik..dapt 5 bintang blog Ben hari ini tau..

    BalasPadam
  2. nak cari pula jika ada sekitar keningau atau mana2 kat Sabah..tangkap gambar juga macam ni lawa tu

    BalasPadam
  3. Caaantik! Macam ni la baru kita rasa megah!

    BalasPadam
  4. Sangat cantik. Nak try tanam jugaklah nanti

    BalasPadam
  5. Tak jumpa lagi kat Johor...alaaa..geram betol

    BalasPadam
  6. Serius cantik! Kalau mak den nampak ni, memang lama dah post pic cecantik camni kat group fb bunga dia tu huhu

    BalasPadam
  7. Memang cantik! Dulu tak kisah sangat pasal bunga ni, sekarang memang tak lepaskan peluang bergambar!

    BalasPadam
  8. Subhanallah memang cantik Sakura Malaysia ni kat Seremban pun sama hiks!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.