Gaji minimum naik cuma RM50 jer ???


Sewaktu 'berjanji' , segalanya memang enak je didengari. Tapi bila dah ada kuasa , naik tu naik tapi tidak memadai seperti yang dijanji. Kenapa ini berlaku ? Pastinya Tun Mahathir tau kenapa dan mengapa tapi persoalannya kenapa berjanji sedemikian rupa ? Pastinya aku rasa la kan.. mereka nampak selama ni di luar rumah tersergam indah kecantikan bila masuk dalam rupanya porak peranda dan kacau bila. Banyak nak kena betulkan terlebih dahulu. 

Jika dilaksanakan seperti yang dijanji , apa yang bakal berlaku ??? Pastinya orang macam aku ni , akan kena bala bencana ! Tiada lagi kuasa membeli ! Bayangkan gaji seorang tukang cuci pun dah RM1500 , bayangkan gaji orang berpangkat besar.Fuh.... 

Dan bayangkan gaji pekerja kedai runcit. Rasa rasa tokey kedai nak cover camana yer ? Dan takkan la pekerja tu sekadar nak duduk depan jaga cashier atau sekadar nak jaga kedai je ke ? Pastinya akan diberikan banyak lagi tugasan. Bak kata orang Malaysia , bila dah gaji besar.. tanggungjawab lagi besar laaa ! Persoalannya.. dia nak ke buat kerja kerja tambahan ???

Sejujurnya aku menyokong sangat laaa gaji minumum RM1500 ni tapi aku tau Malaysia ni camana. Bila ada kenaikan gaji sedikit terutama pada penjawat awam , haaa... tengok la nanti apa jadi ! Macam macam akan naik. Fuhh.... Tak berbaloi naik gaji ! Yang takda gaji gak jadi mangsa. 

Apa yang patut dibuat ialah majikan dan pekerja tu perlu ada satu perjanjian. Jika syarikat untung setiap bulan maka ada la sedikit insentif pada pekerja ! Nahhhh.. Pekerja kena rajin bekerja la. Jangan culas atau curik tulang. Abiskan masa dengan komen di Instagram mahupun Facebook yang tak memberi apa apa keuntungan pada syarikat pun ! Huhuh.. 

Sebolehnya , aku tak nak kejadian ngeri seperti pecukaian GST dikenakan pada rakyat kembali lagi. Perghhh.. ngeri ! Segalanya kena GST ! Sampaikan nak tengok wayang pun kena pikir abisan. Bermula dengan petrol , parking kereta , beli pop corn dan air dan juga tiket wayang. Fuhhhh... Berdarah telinga wehh ! Sekarang dah kembali ok. Buktinya , MUNAFIK 2 kutip kutipan di luar dugaan. Tu tandanya kita dah mampu tengok wayang kembali... berkali kali ! 

Kesimpulan.... Nak up gaji RM1500 , buktikanlah kita layak menerimanya. Selagi kita sendiri malas, jangan mimpi laaa nak up ! 

6 ulasan:

  1. 3 tahun tak naik gaji dah saya ni :(

    BalasPadam
  2. Kan , semua berlaku tu bersebab.. Pelan pelan kayuh. Inshaallah boleh.

    BalasPadam
  3. Ada pro dan kontranya. Bukan nak mempromosi blog, tapi saya pun ada tulis juga isu ini beberapa hari lepas.

    BalasPadam
  4. Salam, ada betul juga , tapi kadang-kadang tu bila gaji naik kalau simpanan tak naik takde faedah juga kan. Saya baru je post tentang caj klinik swasta yang akan naik tiga kali ganda tahun hadapan. Saya juga ada sharekan tips bagaimana nak elakkan diri daripada masuk hospital atau kerap ke klinik. Sila-silalah baca ye. www.idawidyani.com

    BalasPadam
  5. Bila naik gaji laju jelah harga barang naik, hadoii kita yang pening. Nak jimat jadi bertambah belanja pulak.

    BalasPadam
  6. Hopefully, ekonomi Malaysia mampu dipulihkan dengan lebih baik, maka taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan seperti yg dijanjikan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.