Jangan jadi IDIOT di gym..

Hurm... nak tegur kang , bergaduh. Maklumlah , masing masing bayar masuk ke gym. Bukan murah wooo.. berpuluh ringgit lak tu tapi janganlah bikin dalam gym tu serupa takda orang lain main ! Ni yang tak betulnya. Orang gini kalau dalam Instagram layak masuk GymFuckery ! Huhuhhu...

Antaranya jangan laaa layan movie kat handphone di mana mana mesin senaman yang utama ! Perghhh.. dia punya layan macam datang gym untuk mati jer. Pastu bila kita tanya dia kata ada lagi dua set. Pastu layan satu set jap.. pastu rehat sampai kering peluh ! Aduhaiiii...Nak break , bangun dari situ. Gi duduk mana mana. Orang lain pun nak guna gak ! 

Yang tak reti kemas selepas guna plet besi atau dumbell , memang wujud di mana mana gym ! Yang ni memang peringkat sakit hati la. Bersepah macam ada orang tolong kutip pastu. Bayar bukan beribu pun sebulan tapi main serupa ada orang gaji tolong kemaskan ! Keselamatan woooo ! Kalau orang lain lalu dan terlanggar , mau bengkak kaki wehhh ! 

Main handphone ? Selfie ? Aku pun buat tapi janganlah terlalu kerap aihhh. Kalau kat gym hardcore yang mana abam abam otai ada , jangan buat perangai gini. Mau kena jeling nanti ! Hahahaha.. Aku pun tak berani buat. Aku suka gi gym santai jer. Memang pergi untuk release tension jer. Bukan nak jadi HULK !


Yang main sampai kaut semua besi pun satu hal gak ! Ingatkan power la sangat tapi bila kita tengok.. alahai.. teknik pun ke laut ! Angkat pastu jerit cam.. Haishhh ! Jangan laaa buat gitu. Kalau angkat tu betul dah , ok laaa .. Takda sapa nak persoalkan. Tegur kang sentap lak kan ? Huhuh..

Korang yang belum pernah gi gym.. nasihat aku ialah... masuk , train dan keluar. Masa take 5 tu baru main handphone ! Huhuhu.. Nasihat untuk aku gak ni. Hahahahaaa..

4 ulasan:

  1. Jadi moral drp entri no toksoh main phone sangat laaa .. Nak g gym g laaa buat senaman apa yang patut .. pastu dah abih senam menyenam tu main laa henpon amapai lebammm

    BalasPadam
  2. macam macam ragam.Huhh! kita baca pon sakit hati

    BalasPadam
  3. Hurmmm tak suka orang camtu, ingat gym tu dia yang punya. Pastu berlagak macam dia je pandai!

    BalasPadam
  4. Kalau nak amik gambar pun make sure tak nampak orang lain. Bukan semua orang suka gambar dia tak memasal terpapar kat socmed orang lain terutama perempuan bertudung.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.