Ke manakah anda cuti panjang ini ?



Aku tengok kau... kau tengok aku... hehehehe... Maksudnya , aku tengok wife , dia tengok aku. Nak balik kg ? Baru je balik raya ari tu. Lama lak tu cuti kat sana. Dan kali ni nak balik , tak sanggup nak rempuh kesesakkan lalu lintas yang dirasakan sangat.. hurmm... dasat woiii ! Hahahaha.. Tamoooo... Ke utara tak nak.. selatan tak nak... barat atau timur , pun tak nak.

Melancong ke luar negara ? ? Enggak ada fulussss ! Heehehehehe.. Memang takda dalam kamus aku buat masa ni. Kena set 2-3 tahun lagi. InshaAllah. Dan plan ke Aquaria aau Zoo Negara , makan kos jugak. Bukan murah sebab cuti umum kan..Mau berdarah hidung gak bila tengok bajet bajet perbelanjaan untuk bergerak ni.

Akhirnya.. wife cadang mandi sungai jer laa.. Aku pun suka sebab kenangan manis aku bersama mak bapak aku ialah mandi sungai. Syokk.... huhu... Pilihan sungai ialah Sungai Chongkak di Hulu Langat.






Buat pengetahuan korang , ni kali pertama Qhaliff dan Zahra mandi sungai. Sebelum ni diorang tak berani nak masuk ditambah dengan air yang cukup sejuk.. hahahaha.. Kali ni , diorang suka sangat !  Ditambah lagi dengan ramai pengunjung yang menghidupkan lagi suasana persekitaran sungai. Happy jer diorang. Tak nak balik. Air sungai pun bersih dan persekitaran pun cantik. Tahniah buat penguasa Sungai Chongkak. Berbaloi bayar ... RM1 jer. 

Sejam je kat sana sebab tak bawak apa apa pun. Ingatkan sekadar nak tengok tengok jer. Sekali budak budak ni teruja nak turun.. kecuali Aariz yang tak suka sejuk ! Huhuhuh.. Aku paksa jugak masuk sungai. Meraung ar... hahaha.. Zahra seronok dapat main pasir gitu.. Dia ajak datang lagi esok.. Aku ok jer. Takda apa nak buat kan ? Kalau duduk umah.. aku gi gym lak. Hahahaha.. 

Sayangnyaa... masih ada yang membuang sampah atau plastik makanan di dalam sungai 


3 ulasan:

  1. Saya cuma memerap di rumah bersama anak isteri sebab anak nombor dua ada bengkel menjawab soalan. Dia nak ambik PT 3 lagi dua minggu. So tak nak ganggu dia. lepas dia habis PT 3 baru boleh ganggu dia dan bawa dia jalan-jalan. Insya Allah

    BalasPadam
  2. hahaha...comel je aariz meraung tak suka masuk dalam sungai..tapi betulla, kitorang pun gi mandi laut aje..yang tak makan kos sangat..kononnya lah, lepas tu ada kos tersembunyi di sebalik makan dan minyak kereta..hahahahahah

    BalasPadam
  3. Lama jugak tak piknik kat sungai ni, tapi kalau saya suka ke Pulau Santap Janda Baik. Best tempat tu!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.