Ketewasan pasukan bolasepak Jepun punca segalanya !

by - Sabtu, September 01, 2018



Suku pertama di separuh masa pertama menyaksikan seolah olah pasukan hoki negara kita akan membelasah pasukan Jepun. Aku rasa kagum semacam sampai rasa game tak best dah nak layan.  Emas di tangan sudah dan sejarah bakal terukir buat pertama kalinya.

Terus aku tukar tengok bola sepak akhir lak yang mana turut melibatkan pasukan Jepun. Dan kedudukan dah pun 2-0. Jepun bakal tewas. Aku mula dapat rasakan sesuatu bakal berlaku. Apakah telahan aku benar belaka ? Kita sedia maklum semangat Jepun ni lain macam skit... Dan itulah yang aku takutkan sama sekali. Dan ianya berlaku... Arghhhhh... 

Pasukan hoki Jepun bangkit dengan semangat juang yang cukup tinggi. Satu gol demi satu gol. Pasukan negara cuba menjarakkan lagi tapi mereka tetap mengejar. Seolah patah semangat sudah mereka ! 

Akhirnya mereka dapat apa yang mereka usahakan. Yer , pingat emas milik mereka dan perak untuk kita. Apa pun , pasukan negara bermain dengan cemerlang. Belum rezeki pingat emas buat kita namun perak pun dah lebih dari apa diidamkan. Sapa sangka kan ? 

Tahniah buat Jepun dan juga pasukan hoki negara. Tetap bangga dengan pencapaian luar biasa korang. Berjaya membuatkan rakyat Malaysia mengadap tv menyaksikan perlawanan akhir hoki seterusnya memberi keyakinan bahawa kita patut gilap lebih ramai lagi pemain muda dan memartabatkan lagi liga hoki  selain bola sepak. 

Dan tidak lupa , tahniah juga buat skuad skuasy lelaki negara. Dapat emas ke 7. 


You May Also Like

1 comments