Regangan badan itu penting di pagi hari !

Tidur lewat , bangun awal. Fuh.... mesti mood ke laut punya. Pastu kena gi kerja. Kalau naik pengangkutan awam , mesti lagi haru. Nak kena berdiri pastu kalau penuh.. satu hal lagi. Dengan mood yang masih ke laut dalam , harap jangan ada yang cari pasal ! 

Secara jujurya aku antara insan yang malas nak melakukan regangan. Tak kira la samada nak angkat besi atau bermain bola. Memang malas gilaaa ! Sehinggalah lutut aku bermasalah , barulah aku tau segalanya berpunca dari regangan yang dilakukan adalah tidak betul ! Nah.. sekarang padan dengan muka aku. 

Di Back In Motion Ciropractic baru baru ni , Dr. Wong ada mengajar beberapa langkah yang perlu diambil ketika sebelum tidur dan juga selepas bangun tidur. Tak susah pun. Segalanya ada untuk badan sendiri.

Ok.. aku kongsikan sedikit cara regangan yang mudah. Kalau korang ada masa, belajar yoga pun best. Regangan badan Yoga memang gempak giler ! Hahaha.. Aku dah test. Nampak mudah rupaanyaa.. 





Di Instagram ada banyak tips tips fitness. Boleh dapatkan kat situ. Free jer. Heee.. Bersenamlah selagi kita boleh bersenam. Jangan nanti bila dah terbaring atas katil , baru teringin nak bersenam.

5 ulasan:

  1. betul tu, bersenam lah selagi boleh bersenam. at least dapat keluarkan peluh sikit. tapi nak istiqomah tu yang susah. hehe.

    BalasPadam
  2. Betul tu, bersenam ni kena amalkan. Sekali dah malas memang susah nak teruskan, macam sayalah tu. Hehehee!

    BalasPadam
  3. Wanita pon kena byk buat senaman .. untuk kesihatan

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.