Samsung Galaxy Note 9 , tak best ?

Lama dah aku nak miliki Note ni. Dari 1 lagi hinggalah terkini , 9. Aku nak sangat sebab S Pen ! Aku ni spesis mudah terlupa. Dulu masa 'berdua' , tak pe la. Apa saja yang terlintas di benak aku , cepat cepat aku update dalam blog. Tapi sejak ada anak ni , memang agak sukar sedikit. Bila ada idea , aku lambat mencatitnya menyebabkan aku terlupa ! Nahh.... itu masalah utama aku.

Dan setiap kali aku meeting dengan client , aku sering terlupa bawak buku nota dan pen. Hurrm.. Malu gak kekadang bila tak amik catatan gitu . Hahahaha.. Main ingat dalam kepala jer pastu terlupa point point yang penting. Sama gak bila gi event.. huhuuh.. 

Maka Samsung Galaxy Note 9 ialah penyelesaian kepada masalah aku. Ikutkan nak tunggu Tab S4 tapi memandangkan lambat lagi , aku dapatkan jer Note 9 ni di Low Yat Plaza. Celcom ada pakej yang bagus tapi aku tak berminat nak berkontrak memandangkan tak lama lagi akan ada 5G ! Hehehe.. Kot kot pakej lain jadi lebih murah.. kan kan ?


Ok..Pendapat aku ? Ada yang kata harganya mahal ! Kalau dibandingkan dengan spesifikasinya , hardware.. sesuai la bang ! Aplikasi dalam tu pun bukan basic jer. Macam macam ada dah terutama bila melibatkan S Pen.  Takda isu dengan harga bagi aku. Kalau nak murah , bagi lagi handphone yang murah. Sekarang ni banyak pilihan. Tak perlu jadikan isu. 

Design ? Pada awalnya aku pegang Note 9 ni , minat aku terus mati ! Aku tak tau kenapa ? Apakah kedai tu letak dummy ? Eh , takkan aku tak kenal dummy ? Masalahnya berfungsi ketika tu. Serius aku pelik... kenapa rasanya lain sangat rasanya? Tak beberapa mantap body dia, Beberapa hari kemudian , aku ke premis lain.. Ke Sen Q kalau tak silap aku. Dan sekali lagi aku pegang. Yessss , memang mantap ! Minat kembali untuk memilikinya.

Dua hari selepas guna Note 9. Pendapat aku ? Dari segi Pengantara muka , memang terbaik la.Tak membosankan. Kamera ? Sejujurnya, aku tetap suka kamera Sony Xperia lagi. Sekarang ni tengah tunggu Sony Xperia XZ2 Premium atau XZ3 untuk buat perbandingan.bab kamera. 

Skrin... Sony Xperia XZ Premium aku gunakan skrin 4K enjin Bravia. Dan  Galaxy Note 9 guna Super Amoled. Sejujurnya aku cukup suka Sony Xperia XZ Premium dan rasanya XZ2 Premium pun guna gak. Kenapa ? Kalau aku tengok movie malam malam , tak sakit kepala ! Cahaya ? Hurmm.. Kalau aku rendahkan , memang tak clear la berbanding Sony punya.. 

Sound ? Samsung Galaxy Note 9 punya sound yang mantap ! Tengok movie , memang puashati weh. Ditambah lagi ada Dolby Atmos.. fuhhhh ! Kalau nak dibandingkan dengan XZ Premium, guna earphone memang puashati. Atau XZ2 pun punya sound yang sedap. Tak tau lagi XZ2 Premium atau XZ3. 


Bateri ? Aku tak install Whatsapp lagi . Whatsapp aku ada banyak group. Kalau XZ Premium , tak sampai setengahari dah boleh haus. Kena charge je dan standby powerbank. Note 9 , belum teruji lagi tapi setakat ni , agak mudah nampaknya tapi kalau nak elak dari haus, kena setting betul betul terutama part skrin tu. 

Kesimpulan... Kalau korang nak beli Note 9 sebab kamera , aku syorkan korang tengok yang lain jugak. Jika kalau korang jenis buat kerja dengan handphone , yer.... Note 9 sangat berbaloi.  Aplikasi di dalam Note 9 pun memang tak leh disanggah lagi. Best.  

Psst.. kalau korang nak kamera , tunggu Sony XZ3. Kemudian compare dengan Samsung Note 9. Hehehehe... Segalanya terpulang pada korang sendiri. Ni pendapat aku jer. 

10 ulasan:

  1. Belum pi tengok lagi... Atau mampu tengok jer nanti. HAhaa

    BalasPadam
  2. Thank you sebab buat review. saya pun minat jugak dengan note 9 ni, tapi tengah berkira2 lagi berbaloi tak kalau beli...

    BalasPadam
  3. Dah tengok dan pegang, serius tergoda. Dahlah memang peminat tegar note. Ok tabung Note9 on!

    BalasPadam
  4. muahahahaha... note 4evaaaaa..

    BalasPadam
  5. cantik.. smlm teringin nak tgk huhu

    BalasPadam
  6. cantik...tapi xnk bsr sgt...tangan ni kecil..hahaha

    BalasPadam
  7. lama x usha samsung ni... boleh usha nanti..

    BalasPadam
  8. Menggoda,siri note dr dulu suka sbb pen,tapi mampu tgk je la skrg hehehheh

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.