Sekali lagi rawatan untuk aku...


Sekali lagi aku ke Back In Motion Chiropractic Centre di The Curve , Mutiara Damansara. Sewaktu buat temujanji , aku berharapkan ada kekosongan pada jam 11 ke atas tapi senantiasa penuh. Yang ada kosong cuma di jam 10 jer. 

Fuh , berpeluh dahi jap. Hahahaha.. Aku kena atur jadual. Sebabnya aku tinggal di Sepang. Nak ke sana , aku kena hantar anak anak aku ke Cheras terlebih dahulu. Kena mintak tolong mak aku tengokkan anak anak aku jap. 

Selepas Subuh , aku terus gerak ke Cheras bersama anak anak. Nasib baik diorang pun tak meragam. Tidur je dalam kereta. Aku risau si Aariz tu je nak buat perangai dalam kereta. Dengan perjalanan hampir mengambil masa sejam ,  bila anak buat karenah.. pemanduan kita pun boleh terganggu ! Ditambah lagi dengan jika sakit di bahagian pinggang lagi kan ? Nasib baik aku tak sakit dah ! Huuhu.. Terima kasih pada Dr. Wong ! Alhamdulillah..

Segalanya dipermudahkan. Aku di The Curve jam 930. Temujanji jam 10.15 pagi. Biar awal dari lambat. Aku tak suka susahkan orang bab masa ni. Aku boleh rileks santai di The Curve yang menyediakan tempat tempat untuk duduk berehat secara santai. Bagus shopping mall ni. Nasib baik jauh jer. Hahaha..Kalau tak boleh jadi shopping mall feveret aku ! 

Jam 10.10 , aku terus ke sana. Dr.Wong dah ready. Huhuh.. Terus dia tanya perkembangan aku. Pastinya aku bagi yang positif sebab itu yang aku rasa. Paling ketara ialah lutut aku. Sebelum ni , dia punya sakit laaa.. Nak berlari pun takut ! Rasa lutut tu nak tercabut. Baru aku faham camana rasa lutut nak tercabut ni ! Serius sakit wehhh ! Ingatkan biasa je sakitnya. Tu belum sakit dicabut nyawa, kan ? Huhuh.. 

Ok.. meh aku story skit bab lutut bila sakit ni. Bagi korang yang masih muda , nahhh.. jagalah sendi sendi tubuh badan korang terutamanya tulang belakang. Jagalah tubuh badan korang. Jangan rosakkan dengan melakukan aktiviti aktiviti lasak yang melampaui batas dan yang penting , rajin lakukan regangan badan bila nak bersukan.

Sakit lutut ni ada banyak jenis. Aku tak tau aku jenis mana tapi yang pasti bukanlah koyak tisu. Ketika awal dulu , aku ingat dah kena ala ala ACL gitu. Rupanya tidak. Selepas berjumpa Dr. Wong di Back In Motion Chiropractic Centre , segalanya berubah. Katanya , berpunca dari tulang belakang yang tak betul , maka perseimbangan badan aku jadi tak betul. Aku terlalu utamakan belah kanan ! Nahhh..  baru aku tau ! Sebab tulah lutut dan siku aku bermasalah. Begitu juga tengkuk aku. Segalanya sakit. Kanan ! 

2 kali rawatan , aku dah terasa kelainan. Di gym pun aku punya kekuatan pun rasa dah kembali normal. Takda dah rasa sakit sakit dan paling ketara ialah lutut aku. Dr. Wong nasihatkan aku banyakkan latihan di lutut kanan. Kalau dulu , aku takut ! Tapi selepas dapat pencerahan , aku kembali yakin dan setiap kali di gym , kaki kanan wajib kena latih ! Kiri pun gitu gak. Jangan sebelah je. Kang nampak cacat lak ! Hahahaha.. 

Rawatan ke 3, fokus pada bahagian punggung yang mana aku ada bagitau dia yang mana bila aku mengayuh basikal , punggung akan terasa kebas dan ngilu. Katanya itu berpunca dari aku pernah jatuh terduduk ! Betul !! Dan kesakitan tu , sekarang dah tak seperti dulu. Jarang nak sakit dan kelmarin di gym selepas dapatkan rawatan ke 3 , aku try mengayuh basikal... tiada lagi rasa sakit dan ngilu ! Fuhhhh.. tarik nafas lega aku.

Kesakitan di lutut tu bukanlah pulih seperti zaman remaja dulu. Sengal tu masih ada tapi kena rajin buat regangan. Tak seperti ketika sakit dulu.. nak berjalan pun rasa lutut tu lari cam nak tercabut jer. Pastu sakit. Ha.. Jalan lama pun tak boleh. Sekarang ok dah. Bersenam di gym bila melibatkan kaki , aku akan pakai knee guard sebab keselamatan. Faktor umur pun yer gak. Hahahaa..

Tak sampai sejam , segalanya selesai. Rasa nak shopping mengila di dalam diri. Hahaha. Mau taknyaa.. segar wehhh ! Best part ialah lutut aku tuuuu ! Tak guna knee guard dah sekarang bila berjalan ! Dan aku boleh berlari lari dengan anak anak aku. Tu yang paling nikmat ! 

Korang yang ada masalah tu , gi la dapatkan rawatan. Jangan tunggu. Jangan tua nanti baru mengedik nak gi ! 

6 ulasan:

  1. Bila baca rasa macam best je... Teringin nak buat. Ada cawangan tak.

    BalasPadam
  2. semoga sentiasa sihat..sebab nikmat hidup adalah apabila sentiasa Allah limpahkan kesihatan..jaga kesihatan demi anak2..dan seluruh keluarga

    BalasPadam
  3. Macam menarik jer kaedah rawatan yang disediakan ..

    BalasPadam
  4. Berbaloi rawatan camni walaupun mahal kan?

    BalasPadam
  5. nak suruh laki kita buat..haritu ada ckp dengan dia..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.