Terima kasih Kementerian Kesihatan !

Alhamdulillah... akhirnya suara suara 'kami' ni didengari mereka. Penat dah nak membebel bab bab gini di media sosial. Ada yang prihatin tapi tiada kuasa. Yang berkuasa , mungkin juga spesis dengan mereka kot ! 

Walaupun 'bakal' , aku dan ramai lagi rakyat Malaysia berharap sangat ianya menjadi kenyataan. Dan kompaun yang dikenakan sangatlah berpatutan. Dah degil sangat. Macam la tak merokok kat situ , mati terus ! Huhh.. Tu tempat makan. Nak merokok , gi la tempat merokok...biasanya jamban laa...


Nak kata diorang ni tak berakal , ada yang berpangkat besar.  Tapi pelik bila bab bab begini , dibutakan mata jer. Main belasah je merokok di situ. Takkan tak nampak ada budak , bayi atau mereka yang tidak selesa dengan bau rokok tu ! Dia ingat tak sembur depan muka tu dah kira ok la yer ? Cuba gi kat ekzos lori diesel pastu tunggu dia tekan minyak. Nahh.. cuba la bau.. ok tak ? 

Aku berharap sangat la ianya menjadi kenyataan dengan kadar yang segera. Tak perlu la nak tunggu tunggu lagi. Harap kerajaan lama ,  kebanyakkan yang bergelar menteri pun merokok. Yang baru ni, aku tak tau la sangat tapi ada la yang merokok dan cadangan Parlimen turut diwartakan kawasan larangan merokok juga satu tindakan bijak ! Fuh , bijakkkkk weh !! 

Terbaca laaa di satu posting yang mana ada sorang tu komen.. dia tak setuju dengan arahan gini sebab dia tak nak suami dia merokok dalam rumah.. nak merokok di kat restoran sana ! Yang tak merokok tu , tak payah la gi makan kat restoran.. masak la kat rumah. Kan jimat ! Huk alohhhhh.. spesis manusia gini pun ada laaa ! 

Dan ada yang kata.. tutup la kilang rokok tuuu ! Eleeh... tak bijaknya ! Tutup kilang rokok , korang beli rokok seludup atau rokok tiruan. Dah tambah lagi masalah ! Masalah apa ? Bertambah la ramai rakyat Malaysia yang berpenyakit berbahaya seperti kanser ! Nah , jangan tak percaya.. Arwah ayah aku salah seorang dari mereka tu yer. Dah pun mendapat kesan buruk hasil rokok tiruan ! Kanser lidah. Menderita okkkk ! Jangan ingat isu kecik. Kena kaluuuu... baru tau langit tinggi rendah ! 

Buat kerajaan dan Kementerian Kesihatan.. sila cepatkan yer arahan ni dan kalau boleh , perluaskan lagi arahan ni ke kawasan kawasan yang mana ada manusia di sana. Nak merokok sebelah lembu , kambing , unta.. silakan ! 

3 ulasan:

  1. betul tu..tutup kilang rokok smua..ni sbb dh penat warning suami suruh bnti mrokok..huhu

    BalasPadam
  2. Memang geram bila kita tengah sedap-sedap makan kat kedai makan dengan anak-anak, elok pula ada mamat-mamat yang sesuka hati merokok kat dalam kedai makan tu. pentingkan diri sendiri sungguh!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.