Ingatkan dah berubah! - BEN ASHAARI

Ingatkan dah berubah!


Ada meeting hari ni. Jam 10 pagi tapi aku sampai awal di lokasi. Memang perangai aku dari dulu gini. Baik awal dari lewat. Orang pun tak menyampah. Kalau lewat pastu emosi pon tak stabil.

Jam 8 pagi di stesen LRT Cheras. Ramai yg menanti ketibaan LRT. Saja aku naik public transport kali ni. Nak tgk pencapaian negara. Sejak berhenti kerja, aku dah jarang guna pengangkutan awam ni.

Train datang.. Penuh! 3 kali berturut. Akhirnya aku terpaksa tukar haluan terlebih dahulu. Ke BTS dan baru amik laluan yg aku nak. Masa dibazirkan hampir 10 minit.

Dalam train..hurmm..patutlah la pun. Byk ruang kosong tidak dipenuhi. Kalau di Jepun, sah sah kena tolak masuk dalam. Hahahaa.. Kenapa sini tidak?? Jawapannya mudah jer.. Risau karang ada yang menjerit.. "Adaaa orang cabul sayaaa.. Tolong!!". Tapi sekarang ni, lelaki pun dah boleh menjerit. 

Maklumlah, lelaki pun boleh digoda kann.. Hahahaa... Dan disebabkan masing masing masih buat hal sendiri, ada insan yg sepatutnya diberi tempat duduk, terbiar berdiri. Nasib baik ada 'bangla' perasan dan beri tempat dia. Lelaki tu duduk dan memandang kiri dan kanan dia. Masing masing leka dgn telefon pintarnya.. Hurmm.. Masih belum prihatin.

Sampai KLCC, berpusu pusu manusia keluar. Aku berdiri tegak. Biarkan mereka pergi dulu. Aku tak kejar masa. Masih ada byk lagi masa.

Dan bersyukur.. Aku tidak lagi antara manusia bangun pagi, pulang malam. Aku dah 'bebas'. #blogbenashaari #kbba9

1 ulasan:

  1. Lumrah dalam pengangkutan awam, ada je yang kurang prihatin. Masing² nak cepat je!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.