Coca Cola Freestyle® di mmCineplexes , pertama di Malaysia !

by - Ahad, Oktober 21, 2018

Wowww ! Nampaknya aku nak menonton wayang kali ni tidak lagi membosankan dengan  minum air yang sama. Sambil layan cerita yang best , boleh minum air berperisa  yang mana orang lain belum tentu dapat rasa sebabnya.. air tu kita punya citarasa , hasil dari gabungan pelbagai rasa ! 

Camana tu eh ? 

Hehehehe.. Meh aku cerita sedikit kat korang. Baru-baru ni aku ke eCurve Damansara untuk menyaksikan pelancaran Coca Cola Freestyle pertama di Malaysia.

Apa yang menariknya  Coca Cola Freestyle ni ?

Pelanggan mmCineplexes  berpeluang 'mencipta' resepi air mereka sendiri berdasarkan dari 50 pilihan air 'sparkling' dan minuman tanpa gas termasuklah 30 pilihan rendah kalori atau bebas kalori. Menariknya , lebih 40 pilihan menarik dan unik ini tidak terdapat di mana mana pasaraya dalam bentuk yang sedia diminum. 

Dengan  paparan  berciri  sentuh  yang  mesra  pengguna,  pelanggan akan  memilih  dari  empat  kategori  -  semua  minuman,  minuman  rendah  atau  bebas  kalori,  minuman  tanpa  kafein  atau  minuman  berperisa  buah  –  dan  seterusnya  akan  memilih  jenis  minuman  ringan  dan  perisa.  Lebih  enak  lagi,  minuman  Coca-Cola,  Sprite,  Fanta,  Dasani  dan  A  &  W  boleh  digabungkan  dengan  perisa  buah-buahan  seperti  ceri  dan  oren.  

Pilihan  serba  baharu  seperti  mangga  dan  laici  adalah  antara  15  pilihan  eksklusif  yang  hanya  terdapat  di  Malaysia.  Juga,  antara  minuman  yang  menarik  ialah  ‘Lychee  Sprite  Zero’dan  ‘A&W  Rootbeer  Zero  Cherry  Vanilla.’



Bagi mereka yang kaki contest ,  mehhh join contest online yang dianjurkan oleh mmCineplexes  'What’s  Your  Favourite'  untuk  berpeluang  memenangi  bekalan  percuma  Coca-Cola  Freestyle® selama  sebulan  dan  tiket  wayang  percuma !  

Hanya  perlu ambil  foto  anda  semasa  sedang  menikmati  Coca-Cola  Freestyle® nyatakan  perisa  kegemaran  anda  berserta  sebab,  dan  kongsi  di  Facebook  atau  Instagram.  Jangan  lupa  selitkan  hashtag  #mmCineplexes,  #CocaColaFreestyleMY  dan  tetapkan  akaun  anda  kepada  mod  ‘awam’.  

Sertai  sekarang! Maklumat lanjut di SINI. Contest tutup pada 5hb Disember 2018.

You May Also Like

2 comments