Masalah keguguran rambut ? Cubalah CADEAU !

" Cubalah Ben, mana tau ok ! Aku pakai , menjadi ! Gugur tak banyak dah. ". Beria kawan blogger aku ni cerita mengenai produk CADEAU ni. Aku malas nak percaya sebab aku dah cuba pelbagai jenis produk tapi agak kurang menjadi dengan aku , terutamanya wife yang aku kesiankan dia sebab mengalami keguguran rambut yang banyak selepas melahirkan anak pertama.

Aku tak perasan jugak part rambut aku sebenarnya. Tapi ada sekali tu berselfie , baru perasan. Mak aihhhh.. dah nampak dah kulit kepala tengah haaa.. Umur baru 40 an kot ! Ni mesti sebab stress ! Aku yakin boleh diubati. Ikut hati nak botak jerr tapi memandangkan aku lebih kacak bila berambut , maka aku nekad untuk mencuba CADEAU , produk khas untuk mereka yang mempunyai masalah dengan rambut !


Kalau ditanya aku , apakah produk rambut yang aku gunakan sekarang ni.. aku jawab satu jer jenis tu je sejak dari sekolah. Kenapa ? Sebab ianya berjaya mengatasi masalah kelemumur tapi yang menjadi masalah buat aku ialah , kalau masuk mata.. memang menjerit la jawabnya ! Pedih woo. Tak berani aku nak tukar produk lain takut kembali semula si kelumumur tu ! 

Cerita banyak tarak , aku pun nak cuba gak la. Gara gara kata kawan blogger tu la ! Tapi sebelum aku cuba , aku suruh wife aku guna dulu. Aku nak tengok apa kata dia. Kalau aku ni spesis tak suka tukar tukar produk , dia lagi laaa..

Dia kata... " Ok , bang. Best pulak pakai.. " .

Wahhh... ini sudah menarik ! Terus aku amik CADEAU Anti Hair Loss Shampoo dan CADEAU Advanced Revitaling Hair Conditioner , naik ke bilik air ata. Aku nak eksperimentasikan kedua dua produk ni. Maka perlu amik masa yang lama la , kan ? Aku tak nak ada gangguan terutama dari anak anak ketika dok bershampoo. Huhuhu... 




Cara nak guna , mudah jer.  Guna CADEAU Anti Hair Loss Shampoo dan bilas. Kemudian guna CADEAU Advanced Revitaling Hair Conditioner pulak. Ratakan di atas rambut. Tak perlu tunggu lama yer. Bilas dengan air suam. Tak perlu guna banyak air. Sekejap je dah clear. Sebab buih tak banyak tapi kesannya banyak ! Heeee...

CADEAU Anti Hair Loss Shampoo ( For Treated And Colored Hair )


Ada dua size iaitu 100ml dan 500ml . Diperkayakan dengan silikon semulajadi yang bertujuan untuk merawat rambut yang melekat serta rosak dan turut mempunyai Pro Vitamin B5, Tiada SLS ! Itu yang penting .Bagi mereka yang mewarnakan rambut , ianya amat sesuai sekali gunakan produk ni sebab ianya membantu mengurangkan keguguran rambut serta mengalakkan pertumbuhan rambut baru dan menguatkan akar rambut.

Part ni aku suka... bahan di dalam Anti Hair Loss Shampoo ni mampu mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan di rambut yang mana boleh menutup liang pori rambut yang mana menyebabkan rambut akan mati seterusnya gugur. Bermakna juga masalah kelumumur akan turut diatasi. 

Bila masalah ini diatasi maka , kulit kepala akan segar dan tiada masalah dengan keradangan dan juga gatal di kulit kepala ! Bagus kan ?

Harga : 
1) Anti Hair Loss Shampoo for treated and colored hair  - untuk size 100ml  ( RM25 )
2) Anti Hair Loss Shampoo for treated and colored hair - untuk size 500ml  ( RM100 )


 CADEAU Advanced Revitaling Hair Conditioner


Selepas bershampoo dengan  Cadeau Anti Hair Loss Shampoo , wajib guna Cadeau Advanced Revitaling Hair Conditioner. Tujuannya adalah untuk meneutralkan lebihan shampoo yang tidak dibersihkan dengan sempurna.

Jangan risau.... Cadeau Advanced Revitaling Hair Conditioner sesuai untuk semua jenis rambut yer.  Bagusnya conditioner ni ialah mampu menutup lapisan kutikula rambut dengan mengantikan vitamin dan minyak pati supaya kulit rambut kembali segar seterusnya menjadikan rambut kembali sihat dan berkilat.

Disamping tu , Cadeau Advanced Revitaling Hair Conditioner akan melindungi rambut dari kerosakkan berlebihan dan mengurangkan pudar warna apabila terdedah kepada cahaya matahari ! Kalau korang yang suka berjemur tu , naahhh.. inilah produk yang sesuai ! 

Harga : 
1) Advanced Revitalizing Hair Conditioner  - untuk size 100ml (  RM25 )
2) Advanced Revitalizing Hair Conditioner-  untuk size 500ml ( RM100 )

Ok.... selepas selesai guna Conditioner , naahhh... tunggu kering dan kemudian gunakan dua produk di bawah ni pulak. Pertama , gunakan Cadeau Advanced Hair Growth Tonic yang mana dirumus khas untuk mencegah keguguran rambut dan pemulihan rambut baru. Dirumus khas bagi membantu menyuburkan  kembali serta menguatkan  lagi folikel  lrambut dan mengurangkan rambut jatuh malah mampu menggalakkan kembali pertumbuhan rambut baru.

CADEAU Advanced Hair Growth Tonic 


Tujuan dan kelebihannya : 
  • Penyelesaian untuk keguguran rambut dan pemulihan.
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
  •  Melembapkan rambut.
  • Memudahkan penggayaan rambut.
  • Membantu melicinkan kulit kepala kering.
  • Membantu mengurangkan kelemumur.
Harga :  Cadeau Advanced Hair Growth Tonic  untuk size 100ml ( RM110 )

Kemudian gunakan pula Cadeau Advanced Crystal Repair Hair Serum.Wangiii wooo.. Aku suka bau dia. Berbeza dengan produk yang sebelum ni .. anak pon komplen weh ! Hahahaa.. 


CADEAU Advanced Crystal Repair Hair Serum

Tujuan dan kelebihan : 
  • Memberikan rambut anda kelihatan lembut dan berkilau.
  • Mengisi retak folikel rambut yang menyebabkan rambut menjadi lebih kuat dan mengurangkan peluang pecahnya.
  • Menutup kelembapan dalam batang rambut dan mencegah rambut bercabang disebabkan kekeringan.
  • Mengelakkan penutup pada batang rambut yang akan mengalami daripada haba, sinar matahari yang berbahaya, kotoran dan pencemar.
  • Membuat rambut anda lebih mudah diurus dan gaya rambut lebih mudah.
  • Menglindungi rambut anda daripada panas apabila anda menggunakan pengering rambut.
Harga :

Cadeau Advanced Crystal Repair Hair Serum untuk size  100ml  ( RM110 )

Nahhh.. settle ! Bila dah guna kesemua produk diatas , inshaAllah ok. Yang penting , kena konsisten. Jangan kejap buat kejap tak pastu tak menjadi , kata produk tak bagus. Pastu kena jaga gak la makanan tu. Dah tau ada makanan yang tak sesuai dengan tubuh badan kita , jangan bedal gak ! 

Kembali segar dah rambut aku ! 

Ok.. mana nak dapatkan semua produk ni ? Ada media sosial tak ? Hehehe.. Mestilah aku bagitau punya segala maklumat tu kan.. 

Whasapp : 013 3019203 

Murah je kan ? Haaa... Kalau dah jumpa barang baik , maka rajin rajin laa kembalikan kemahkotaan anda ! Ecehh... aku le tuuu.. Kembali kacak ! 

10 ulasan:

  1. Produk dari Malaysia ke aben? Ai ada masalah kelemumur, tak semua produk leh ngam... Boleh timbang gak nak try yang ni...

    BalasPadam
  2. Murah , if nak cuba boleh cuba yang kecil dulu .. perempuan lagi terukkk bab gugur ni

    BalasPadam
  3. try lm sket. ilang mslh gugur, info eh

    BalasPadam
  4. Memang ada masalah rambut gugur ni. Boleh cuba produk ni. Harga pun nampak okay tu. Tq share info ni

    BalasPadam
  5. Menarik ni nak cuba. Masalah rambut gugur bagi wanita lepas bersalin mmg masalah biasa

    BalasPadam
  6. Cam menarik serum+tonic tu..nti ai godek shopee

    BalasPadam
  7. menarik fungsi syampu ni.Lagi-lagi produk natural..lagilah berkesan.

    BalasPadam
  8. Saya pun ada masalah rambut gugur, dah try banyak syampu pun tak berkesan. Ni macam menarik, nak cubalah.

    BalasPadam
  9. Nina pun dah start guna Cadèau. Memang berkesan!

    BalasPadam
  10. Wah...banyak org hadapai masalah rambut gugur. jika jni dpt bantu...untung lah mak2 mcm kami ni yg dh lama merana ....😪

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.